Sunday, July 09, 2006

Terima kasih BGR1293 Selamat Datang PUTRAJAYA7103



270606
Tak sangka, cepat betul aku dapat kereta ni
ok ni kira gambar kali pertama aku lihat Toyota Avanza yang aku nak beli selama ini. Aku dah idam kereta ni sejak ia mula dilancarkan tahun 2004 dulu
Masa pelancarannya aku siap pi showroom nak tgk, wp bulan puasa masa tu, kedai tu ada jamuan satay, aku tgk je la sbb puasa dan kenyang tgk Avanza yg pada aku mmg berbaloi
so this my car............

20062006



He he he he
Itulah tarikh aku bayar deposit utk belia Toyota Avanza
tak sangka, cantik la tarikh cek tu kan?

Ini adalah detik detik akhir kenangan aku dengan kancil BGR 1293 tu
byk jasanya, hajat di hati nak simpan kereta tu untuk bagi kat anak-anak, tp ekonomi aku tka izinkan pakai kereta sampai dua buah. Lagipun kat sini parking tak cukup, kalau aku ada 2 kereta tak adil untuk penghuni lain

Tuesday, May 23, 2006

Masjid Simpang Lima Dah siap

Masjid bernilai RM5 juta katanya, moga terus imarah dan bukan sbg tanda akhir zaman, masjid dibina sbg bermegah megah shj

Balik Kampung



13 Mei 2006

Kami pulang ke kampung di Simpang Lima, Sg Besar dan Trolak
Sepanjang jalan, Ain Zahrah telah merakamkan gambar berikut untuk dikongsi bersama

Monday, April 17, 2006

Ahad 16 April - Banjir Kilat, Reaksi Rakan Cop



Pagi ini aku masih geram dengan PC yang terus lembab walaupun telah semalaman aku cuba membaikpulih komputer ini

Aku cuba minta bantuan saudara Yusof untuk membaikinya, Alhamdulillah beliau setuju datang ke rumahku tengahari nanti

Lebih kurang pukul 2.00 aku menjemput Sdr Yusof ke rumahku, selepas menjamu beliau makan, aku "dera" beliau untuk memperbetulkan komputer. Beri makan ada makna tu...

Sedang En Yusof sibuk membaikpulih komputer, hujan turun dengan lebat, aku menjenguk melalui tingkap dan melihat air mula bertakung di jalanraya, terus akau SMS POLISKL 32728 untuk melaporkan keadaan jalan yang pasti tidak boleh dilalui.

Kemudian, sekali lagi aku meninjau keadaan, benar memang berlaku banjir, aku mengambil gambar dari anjung rumahku. Tidak berpuashati dengan gambar tersebut, aku turun dan sebaik sahaja tiba di lokasi, sebuah kenderaan MPV telah tersadai kerana tidak berjaya mengharungi banjir kilat.

Aku membantu menolak kenderaan tersebut ke tepi, terus aku naik semula ke rumahku. Setibanya di rumah, setelah hampir 30 minit selepas menghantar SMS, barulah pihak polis membuat susulan menelefon aku untuk keterangan lanjut maklumat yang telah aku berikan. Aku memaklumkan kepada polis, air telah surut, pemanggil pula berjanji menghantar MPV mereka. Aku tidak kisah sangat sebab kalau MPV datang pun tiada apa yang perlu diambil tindakan kerana banjir telah pulih.

Ops, hari ini pelancaran Rakan Cop peringkat kebangsaan kan????

Friday, April 14, 2006

RUMAH UNTUK DIJUAL


TELAH DIJUAL

Diucapkan terima kasih kepada yang berminat, rumah ini telah dimiliki oleh pemilik baru.
Erti kata lain, telah dijual

Cheras Perdana
Rumah Teres 2 Tingkat
Bilik : 4
Bilik Air : 3
Luas binaan : 20 X 70 kaki
Kabinet Dapur
Pegangan Bebas
Kawalan keselamatan 24 Jam

Alamat :
54 Lorong CP7/57
Taman Cheras Perdana
43200 Cheras
Selangor Darul Ehsan

Harga : RM220,000.00 Boleh runding  TELAH DIJUAL



Sungai Besar
Rumah Teres 2 Tingkat
Bilik : 3
Bilik Air : 3
Luas binaan : 18 X 75 kaki
Kabinet sepenuhnya bilik dan dapur
Pegangan Bebas


Alamat :
6 Jln BJ 1
Taman Bedena Jaya
45600 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan

Harga : RM130,000.00 Boleh runding  TELAH DIJUAL



Wednesday, April 12, 2006

Basuh Kereta

Hari ini cuti sempena Maulidur Rasul, kami tidak ke mana mana, hanya hantar Zahrah ke rumah Cikgu Zaini untuk siapkan tugasan sekolahnya. Petangnya kami menghantar kereta untuk dicuci di Kg Dato Abu Bakar Baginda. Sambil menanti kereta siap dibasuh, kami menziarahi Dr Ghazali Basri

Saturday, April 08, 2006

PASARTANI MEGA PUTRAJAYA

Aiman Zaim

Ini bukan pakaian Zaim ke Pasartani Mega, tapi hendak ke TASKA

Putera kedua kami terpaksa sentiasa pakai "headband" sebab selalu jatuh dan telah ada banyak benjol di kepala.

Satu malam dia muntah-muntah, siangnya kami bawa Zaim ke Hospital Putrajaya, menurut Doktor tiada apa yang perlu dibimbangkan cuma berpesan jika muntah semula hendaklah buat rawatan susulan.

Malam itu Zaim muntah lagi, esok siangnya dia muntah di TASKA, maka saya dan isteri buat keputusan untuk membawa Zaim ke sebuah hospital swasta di Kajang, kepala Zaim telah di X-ray dan memang ada semacam retakan di dahi beliau. Benjolan yang terhasil adalah tulang baru untuk menampal rekahan yang terjadi.


PASARTANI MEGA
Pasartani Mega Putrajaya terletak di Presint 2, atau lebih tepat berhampiran Kem. Kewangan, dibuka pada setiap hari Jumaat, malam sabtu mulai pukul tiga petang

Pasartani Mega diwujudkan sebagai satu pilihan untuk mendapatkan barang keperluan rumah dengan harga murah, namun sekali membeli belah hampir RM50.00 juga telah saya belanjakan. Memang murah dari tempat lain, tetapi tetap mahal kerana walaupun 3 ikat kangkung RM2.00, di tempat lain RM1.00 seikat, bila kita timbang kangkung 3 ikat RM2 dgn kangkung 2 ikat RM1, beratnya sama

Begitulah nasib kita pengguna, sampai bila menjadi mainan peniaga, salah siapa?

Friday, April 07, 2006

Thursday, April 06, 2006

InsyAllah Bahagia

Jaringku

Sejak zaman sekolah, aku kenal "jaring", dan mmg minat dgn internet,
tp sbg penduduk desa, aku anak tani dari Parit Haji Taib Bgn serai, dunia IT ni mmg asing bagi aku, tp aku mmg tak pernah menjauhi maklumat ttg IT
Maka "jaring" mmg dekat di hatiku
Bila TM offer Streamix, aku relex dulu, bila aku tahu ttg "JaringFlite" aku mmg tak fikir panjang lagi, terus langgan,

cuma aku terkilan, kalau dulu aku kenal "Jaring" = internet Melayu, kini jaring pun dah nak mix dgn mat salleh,