Sept 2013 aku mula bertugas di KL Sentral.
Ketika itu NU Sentral..Bangunan Shell,CIMB,Bank Rakyat belum beroperasi.
Kali pertama solat Jumaat aku pergi ke Masjid Jamek menaiki LRT
Masalahnya LRT bersesak dan nak wuduk pun susah..belum lagi dosa mata dll..Habis pahala solat.
Tergesa gesa..solat dan makan.
Minggu kedua..rakan di KL Sentral 1 tunjukkan Madrasah Gautiah ini. Madrasah ni dibenarkan mendirikan solat Jumaat.
Dulu..surau ini agak penuh..tapi tidaklah sesak sekarang
Maklum satu satu bangunan baru bila sudah berpenghuni pastilah lebih dari 40 orang...malah lebih dari satu kampung bertambahnya ahli karih masjid
Akibatnya jadilah seperti ini...sesak dan padat..melimpah ke jalanraya
Mohon kepada pihak yang berkenaan memikirkan apa yang patut utk memudahkan solat,selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Diakui..Masjid Negara tidaklah jauh..namun kesesakan lalulintas adalah cabaran besar dalam isu ini.
No comments:
Post a Comment