Wednesday, April 04, 2007

Langkawi - On Air...here we come

Zaim dlm flight

Setelah puas dipujuk, akhirnya Zaim mau duduk sendiri, pandailak tu pilih nak duduk di tepi tingkap,
Mujur abangnya sentiasa beralah...
Antara pulau pulau di Langkawi dari udara

LANGKAWI GEOPARK

Inilah insan tersayang ku slps ibubapaku, you are my everything my love dgn putera bongsuku...(setakat ini)
Ini pula puteriku yg satu...




Itulah nama baru Langkawi
Kami sekeluarga ke sana pada 24-26 Mac 2007


Ini gambar slps "check in" di LCCT KL, tunggu kapalterbang...
Dari kiri : -
Alif (anak saudaraku) Aiman Zarith, Saya, Aiman Zaim (dlm baby chair) my lovely wife in orange.
Yg take this pic is my daughter...

Naik AirAsia je la...Nak naik MAS, belum mampu lagi...

Monday, February 12, 2007

RESULT DAH KUAR

Bukan keputusan PMR la

Aku dah dpt keputusan ujian darah, alhamdulillah masih dlm kawalan, wp glokus agak tinggi, tp still bawah tahap bahaya, masih dlm lingkungan normal
Kolestrol pun, masih ok
begitu juga isteriku, keputusan kesihatan beliau lebih baik dari aku, tak pe la
mmg camtu, kebanyakannya laki mati dulu...
he he he he.....

Sunday, February 04, 2007

DARAH TINGGI VS DARAH RENDAH

Kelakar-kelakar..... itulah perkataan terbaik yang aku boleh ungkapkan.
Baru baru ni, aku pergi buat blood presure test, tu pun fasal kawan aku, si Azam tu paksa sbb dia kata aku ni selalu fenning. Menghormati cadangan kawan, aku pi la...
Keputusannya, tekanan darah rendah...... lawak lawak....sama gak dgn awek aku, darah rendah....

Hari ni aku pi lagi, buat ujian kolestrol.ambik darah...... Periksa tekakan, masih rendah. Wife aku tu kira dah normal kata Doktor, aku still rendah, entahla....

Wednesday, January 03, 2007

HOUSE FOR SALE / RENT

Rumah Teres 2 Tingkat
Bilik : 3
Bilik Air : 3
Luas binaan : 18 X 75 kaki
Kabinet sepenuhnya bilik dan dapur
Pegangan Bebas


Alamat :
6 Jln BJ 1
Taman Bedena Jaya
45600 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan

Harga : RM130,000.00 Boleh runding

Zarith Berkhatan



17 Disember 2006
Hari amat bersejarah buat aku, sbg ayah, aku amat bimbang untuk saat mcm ni
Anak lelaki ku akan berkhatan hari ni
aku temankan dia, dia nampak relex dan bersemangat, aku yg berdebar
Selamber je dia minta untuk di khatan lebih dahulu dari sepupunya Alif dan Fadhil
Nama dipanggil, dia masuk dgn aku dan aliff
dia baring di katil, doktor inject dia,
berkerut muka dia tahan sakit, akhirnya nangis juga
sakit kena inject
pastu bila dah kebas, semuanya ok dan dlm kurang 30 minit semuanya selesai

Aiman Zarith, hari ni anda menjadi semakin dewasa.....
Daddy bangga dengan Zarith........
Alhamdulillah.

Terima kasih buat abah dan umi datang dari Felda Trolak Utara semata mata nak raikan majlis berkhatan cucu sulung mereka
Terima aksih juga pada abg lan sekeluarga sbg tuan rumah majlis
serta ahli keluarga dan tetamu yg hadir
Tak lupa terima aksih tak terhingga kpd jiran-jiran Lan yg banyak membantu, anda mmg real jiran,nilai kejiranan anda mmg original
Terima kasih semua