Sunday, April 19, 2009
Sweet Memories
Entah kenapa.. aku tak pasti kenapa aku kurang bersemangat utk kemaskini blog aku ni. Tahun 2008 sebenarnya byk mencatat sejarah dlm hidup aku.. Bermula dengan hadiah harijadi terbesar pernah aku terima.. Kemenangan PR mengusai 5 Negeri..
Ya mungkin siapalah aku untuk mengatakan itu hadiah untuk aku. tp bagi org² Sabak Bernam, sahabat sahabat usrah ABIM, bermula dari bekas YDP Tn HJ Jamali, Hj Muslimin, bekas SUA Saharudin Badarudin.. . Sdr Zahir Makhtar. Ust Jaafar, Haris, Roslan, Saiful. Dr Ghazali Basri, Yahya Sahri, Dr Badrul Amin pasti tahu bahawa aku wajib wujud dlm sejarah politik kecil kecilan kampungku..
Kemudian aku berpindah tempat kerja dari Putrajaya ke Menara TM, pindah rumah dari Putrajaya ke Meru, Klang.
Bermulalah episod aku pergi kerja naik motor jauh jauh, selalunya setakat kurang dari 15km dah sampai pejabat.... dan tercatat juga, aku jatuh motor dalam tahun ini, mujur setakat kecederaan kecil je, Aku jatuh motor dekat Tol Sg Rasah, masa tu hujan, aku terlebih brek masa dekat dgn bump tol tu.. Nasib baik sorang sorang je.. tak de org lain..
Kenari oh kenari
Bukan rezeki ku
kenari terpaksa dijual disebabkan oleh sesuatu yang tak diduga...Tragedi ni mula kuhidu bila aku mula booking rumah di meru lagi.. tp kuteruskan juga..
Tp apakan daya.. jodoh wife aku dgn kenari cuma seketika..
tak sempat dia guna nak berulang dari Meru ke Putrajaya,
demi kebaikan banyak pihak, kenari terpaksa bertukar dgn Wira..
sebabnya... tak pelah, biar jadi rahsia.. tp mmg perit utk dilalui
sedih setiap kali nampak kenari org lain
Subscribe to:
Posts (Atom)