Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari ini, aku kembali sekali lagi ke sekolah aku, SMKASAS, Bota sempena hari guru.. sbg menandakan penghargaan kami kepada guru guru.

Aku balik ke SMKASAS dengan Sdr Khuzairi... terima kasih Kuzek sbb banjer aku naik Perdana ko...

Kepulangan semula kami anak anak Arwah Ustaz Mohd Suhud Mohd Sayuti, juga sebagai sebahagian dari persiapan untuk sambutan genap 25 tahun SMKAP/SAS.

InsyAllah, 18/05/2009 ini DYMM Raja Muda Perak berkenan untuk mencemar duli... menziarahi sekolah yang diberikan nama sempena ayahanda baginda yang juga genap 25 thn memerintah negeri Perak....


Selain itu, kami juga menubuhkan Koperasi Alumni SMKASAS Berhad... entah camner aku terlantik sbg ALP, dan mcm biasa, org Bank.. kena la menguruskan wang sementara.... entahla... tp buat masa ni, belum ada la duit yg aku pegang sbb, Yuran pun masih ditgn AJK Pendaftaran...

My 1st step, cari borang utk buka akaun bank, aku tak berapa minat nak buka di BIMB bukan sbb aku tak sayang BIMB, tp aku mau elak fitnah...

masih kuingat pesan arwah Ust Suhod, murid SMKASAS inilah nanti yg akan mengisi BIMB, dan ini terbukti bila mmg ramai murid murid SMKASAS di BIMB, antaranya. Aku, Azmawi, Mustapha Kamal Ismail, Jamaliah Abu Hasan, Umarul Hisyam, Johari Jamaludin, Fadzlan Fahmi, Izwan Ramli dan ramai lagi junior junior yg aku tak tahu... mcm tu jugak di Takaful Malaysia, ramai lepasan SMKASAS ada di sana...

Sayangnya.. ustaz Suhod, tak sempat dimaklumkan bahawa, amanahnya dan impiannya telah terlaksana.... bahawa kami telah jadi orang spt kata katanya setiap kali perhimpunan mingguan...

Alfatihah untuk ustaz Suhod...