Friday, December 31, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Timnas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu

Wednesday, December 29, 2010

'Protes baldi air' berlangsung di DBKL - Malaysiakini

'Protes baldi air' berlangsung di DBKL - Malaysiakini

Kira-kira 20 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Selayang hari ini berkumpul di depan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sambil membawa baldi untuk membantah amaran pemotongan bekalan air di kediaman mereka.


NONEMereka turut mempamerkan kertas bertulis "Jangan Potong Air" dan "DBKL Niaya Masyarakat India".

Kumpulan yang mewakili 22 keluarga itu kini menghadapi notis pemotongan dan risiko disita sekiranya gagal menjelaskan bekalan air dan sewa yang tertunggak.

Jumlah tunggakan itu antara RM2,000 hingga RM15,000 untuk satu keluarga bagi bil air dan sewaan sebanyak RM124 sebulan, terkumpul sejak beberapa bulan, malah tahun.

Keluarga terlibat, kesemuanya berbangsa India, risau notis yang dihantar pada 1 Disember itu menyaksikan pihak berkuasa mengambil tindakan, menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal dan putus bekalan air.

Mengiringi mereka ialah anggota jawatankuasa eksekutif Parti Hak Asasi Manusia (HRP) S Thiagarajan dan beberapa penyokong Hindraf yang berbaju oren.


Speedtest.net - The Global Broadband Speed Test

Speedtest.net - The Global Broadband Speed Test

Sunday, December 26, 2010

Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri | iluvislam.com + discover the beauty of islamPernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.

Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.

- Artikel iluvislam.com




Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics



lagu yg menjadi kegemaran anak sedaraku Haris Zafran

Jolicloud Relaunches its Cloud OS, Now Built on Chrome

Jolicloud Relaunches its Cloud OS, Now Built on Chrome

Kita berkenalan dengan OS baru yang dijangka akan menjadi trend tahun 2011
diterbitkan semula dari Wikipedia, bukan wikileak ye..

Cloud computing

From Wikipedia, the free encyclopedia
Cloud computing conceptual diagram

Cloud computing is Internet-based computing, whereby shared servers provide resources, software, and data to computers and other devices on demand, as with the electricity grid. Cloud computing is a natural evolution of the widespread adoption ofvirtualization, service-oriented architecture and utility computing. Details are abstracted from consumers, who no longer have need for expertise in, or control over, the technology infrastructure "in the cloud" that supports them.[1] Cloud computing describes a new supplement, consumption, and delivery model for IT services based on the Internet, and it typically involves over-the-Internet provision of dynamically scalable and often virtualized resources.[2][3] It is a byproduct and consequence of the ease-of-access to remote computing sites provided by the Internet.[4] This frequently takes the form of web-based tools or applications that users can access and use through a web browser as if it were a program installed locally on their own computer.[5] The National Institute of Standards and Technology (NIST) provides a somewhat more objective and specific definition here.[6] The term "cloud" is used as a metaphor for the Internet, based on the cloud drawing used in the past to represent the telephone network,[7] and later to depict the Internet in computer network diagrams as an abstraction of the underlying infrastructure it represents.[8] Typical cloud computing providers deliver common business applications online that are accessed from another Web service or software like a Web browser, while the software and data are stored on servers.

Most cloud computing infrastructures consist of services delivered through common centers and built on servers. Clouds often appear as single points of access for consumers' computing needs. Commercial offerings are generally expected to meet quality of service (QoS) requirements of customers, and typically include service level agreements (SLAs).[9] The major cloud service providers include Amazon, Rackspace Cloud, Salesforce, Microsoft and Google.[10][11] Some of the larger IT firms that are actively involved in cloud computing are Fujitsu, Dell,[12] Red Hat,[13] Hewlett Packard,[14] IBM,[15] VMware and NetApp

Skandal VVIP - Merampas dan menggunapakai Isteri Orang !!

Byk kali sebut nama tokey air ni

Antara yg ku dengar, isteri saya Corp Com je

Hari terakhir jumpa isteri saya 02 Jan tahun ni,Hotel Meridien Holiday.

ooo call tu tipu la..

dgr la baik baik semuanya...


Saya call R.........., x jawab,
baru bar ni, saya ingat dalam bulan, sebelum bulan puasa lam saya terseempak dgn R... dekat KLCC..


Credit : http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/12/gempar-skandal-curi-bini-orang-rakaman_03.html

Friday, December 24, 2010

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat - Malaysiakini

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat - Malaysiakini


Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat
Dis 24, 10 3:09pm
Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

azlanKajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur.

ABIM Daerah Klang

ABIM Daerah Klang

Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor - Malaysiakini

Macam mana ni, pindaan RUU baru je lulus, anureah telah diberikan kpd dua sykt ni utk uruskan saman. Nanti kalau saman dah tak banyak, mcm mana kos operasi mrk ni. Adakah mereka akan paksa polis buat operasi selalu.
CCTV mereka siapa nak pantau bahawa semua loran tu tepat
Bagaimana prosedur utk dptkan laporan/gambar CCTV. Berapa bayaran dikenakan, jgn sampai nnt saman RM50. kos utk dpt bukti RM100.00 sudahlah.
Kerajaan dah lancarkan NKRA, salah satunya penempatan kakitangan awam di Pejabat/Balai Polis. Kenapa perlu urusan saman ini diswastakan?


Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor - Malaysiakini

Friday, December 17, 2010

Isu MP digantung, parlimen kecoh lagi [16 Disember 2010]



  • Kita timbang sendiri, siapa yang menyebabkan Parlimen menjadi Parlimen Kanggaro.
  • Kita lihat wujud atau tidak double standard.
  • Rujuk Usul oleh Shah Alam dgn kes Ketua Pembangkang.
  • Benarkan speaker tunduk kepada arahan/memihak.
  • Parlimen jadi rubber stamp?
  • Perbahasan jadi seperti kedai kopi.