Sunday, October 07, 2012
AKU JUGA MENYUMBANG PADA NEGARA
Tuesday, September 25, 2012
TERIMA SIJIL RAKAN COP
Sunday, July 29, 2012
Kembara Dina 2
Dapat saguhati je, vaucher berlinali RM100.00
Ni mummy sedang sibuk nak pilih hadiah la ni, Dina pulak baik je tidur kat stroller. Memang baik budak ni.
PARTI BENDERA
KELAKAR BETUL...
Kembara Dina
Bawa Dina ke Ikea
Inilah Dina adik baru Aiman Zaim... kami tolong jaga anak Azurah sementara shj sbb dia perlu jaga kakak Irdina yang terpaksa dimasukkan ke ward di Ipoh. Awalnya disyakki paru paru berair.So kami jagalah Dina untuk hampir dua bulan. Zaim suka jugak ada adik ni tapi dia faham ini bukan adik dia so dia sembunyikan perasaan dia....
Sibujangku
ATM DI SACC MALL
Lagi satu kalau boleh tambah la dgn bank lain contohnya Bank Islam sbb skrg ni boleh katakan semua pelajar ada akaun di Bank Islam..
SELAMAT HARI LAHIR ZARA
Ni gambar sempena harilahir anakanda ku yang sulung, 08 06 2012, telah genap 17 tahun anakku ini. moga dia jadi anak yang solehah. Dulau aku penarh belikan dia roller blade. Bukan niat mengajar dia ke tempat yang kurang baik, tp memberi pengajaran, mengambil iktibar ini bukan tempat untuk dia.
Thursday, May 24, 2012
Monday, April 23, 2012
Why do you want to excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV?
Yes, just bought it... Model 42LW7000
Friday, April 20, 2012
AKU ANAK FELDA
Sebagai anak Felda,.... kita kena ikuti dan fahami perbahasan 19 March 2012 - Perbahasan Ucapan Titah DiRaja - MP PKR Machang
Sunday, February 26, 2012
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily1 | |
2 | |
3 | |
4 | |
5 | |
6 | |
7 | |
8 | |
9 | |
10 |
Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron
Dr Badrulamin Bahron, | 26 Feb 2012 |
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
Berita Harian Online | NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah
Berita Harian 2012/02/26
KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFC) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan. "NFC terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KomersialBukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firmaperunding perhubungan awamnya.
Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas
nasihat peguamnya Shafee Abdullah.
Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di
sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung
perkara itu.
Semalam, Syed Ismail berkata, polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.
Beliau berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang
disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi
menyiasat beberapa perkara lain.
"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam
masa terdekat," katanya ketika dihubungi.
Isu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula
mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan
terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan
meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara
terhadap daging import. - BERNAMA
Sunday, February 12, 2012
STREAMYX SERVICE
Monday, February 06, 2012
DOUBLE STANDARD
Kalau Ketua Pemuda PR buat program ni boleh tak? Banner ni sejak disember belum diturunkan. Apa pihak sekolah dan PPD lakukan. Benda dah out of date tu silalah kemaskini dgn banner baru, melainkan ada motif lain
HARI PERTAMA DI HIGH SCHOOL KLANG
Inilah pemandangan pertama asrama Zarith di Sekolah Tinggi Klang.
Sangat menyedihkan
Wajarnya pihak sekolah mintalah Kontraktor Pembersihan membersihkan dulu bilik bilik sebelum kedatangan pelajar baru.
Sebaliknya lebih kepada ambil peluang lepas geram, kononya kalau ada isu jgn "post" dlm FB
Tapi kalau dah sehitam macam ni tapak kaki aku memijakkan kaki ke asrama...Memang patut pun