Sunday, February 26, 2012

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily



1












Ulama muda Umno belasah Muhyiddin?

2

Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat

3

Najib ajak rakyat pilih PAS

4

Cuba teka, siapa PM?

5

Logo Jati macam logo setan?

6

Kereta Anwar dihentak dan dilontar batu

7

Imam perjelas kenapa baling kasut

8

Bai'ah: Harussani jangan ambil berita tepi jalan

9

Najib sendiri tidak mahu mendarat di LTA Melaka

10

Mahathir beri isyarat mahu kembali jadi PM

Dreamzzzz

Tailored Sophistication contemporary family room

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron

Dr Badrulamin Bahron,26 Feb 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

Berita Harian Online | NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah

Berita Harian Online | NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah




Berita Harian 2012/02/26

KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFC) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFC terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma
perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas
nasihat peguamnya Shafee Abdullah.

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di
sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung
perkara itu.

Semalam, Syed Ismail berkata, polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.

Beliau berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang
disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi
menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam
masa terdekat," katanya ketika dihubungi.

Isu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula
mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan
terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan
meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara
terhadap daging import. - BERNAMA

Sunday, February 12, 2012

STREAMYX SERVICE


Mcm ni lah khidmat streamyx di tempat aku, ok ke idak? camna kat tempat kome?
sama samalah kita nilai.. kalau ok, bagus..

Monday, February 06, 2012

DOUBLE STANDARD


Kalau Ketua Pemuda PR buat program ni boleh tak? Banner ni sejak disember belum diturunkan. Apa pihak sekolah dan PPD lakukan. Benda dah out of date tu silalah kemaskini dgn banner baru, melainkan ada motif lain
Posted by Picasa

HARI PERTAMA DI HIGH SCHOOL KLANG


Inilah pemandangan pertama asrama Zarith di Sekolah Tinggi Klang.

Sangat menyedihkan

Wajarnya pihak sekolah mintalah Kontraktor Pembersihan membersihkan dulu bilik bilik sebelum kedatangan pelajar baru.
Sebaliknya lebih kepada ambil peluang lepas geram, kononya kalau ada isu jgn "post" dlm FB


Tapi kalau dah sehitam macam ni tapak kaki aku memijakkan kaki ke asrama...Memang patut pun






Posted by Picasa

ZAIM BALIK BGN SERAI


Sungguh tenang suasana desa



Keindahan kampung, ketika hujan...





Zaim si anak desa???



Posted by Picasa

HARI TERAKHIR Zarith di High School Klang


Zarith sedang mengemaskan barang barangnya


Gambar kenangan sebelum pindah ke MRSM
Posted by Picasa

PRA UBAH SUAI





Posted by Picasa

Bilik Bee Im




Ini bilik siapa?
Inilah bilik anakOndaku yang ketiga
warna pilihan dia sendiri tu..
Nak tengako dalam?
Sabar, kata dia...
Posted by Picasa

TANDAS

Ops!!!!! pun ada perubahan ye..
tungguuuuu, mungkin ada yanglebih mengejutkan
Posted by Picasa

RUANG MENONTON


Semakin siap

KILANG SAWIT???? - FELDA TROLAK UTARA

Baru baru ni Zaim balik ke Trolak,




AIMAN ZAIM BALIK TROLAK




kebetulan tok wan ada di Kilang Sawit Trolak, maka Zaim a,bil kesempatan melihat proses sawit kepada minyak. Malangnya kilang telah bertukar fungsi, bukan lagi sebagai kilang minyak sawit, tp sebagai pusat pengumpulan sawit je lagiii
Posted by Picasa