Inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu menyaksikan Ketua Pejabat Wilayah Tengahnya, Bostamam Hassan menyampaikan sendiri bantuan tersebut kepada Pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ampang, Attan Salleh. Hadir sama, Pengurus Bank Islam Cawangan Ampang, Raja Rozlin Raja Mahayuddin.
Bostamam berkata, Bank Islam sebagai salah sebuah bank yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan masyarakat setempat akan sentiasa menjalankan inisiatif sebegini untuk membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Sementara itu, Attan mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Bank Islam menghulurkan bantuan tersebut dan ia amat membantu ahli-ahli yang kurang upaya untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Sumber : Sinar Harian 12 Feb 2013 Sinar harian