Thursday, February 27, 2014

WHAT APPS V - KRISTIANISASI?????

 

Ni semua what apps rakan rakan tentang penglibatan, ada juga yang kata campur tangan bukan Islam dalam hal ehwal Islam, cubaan memnyebarkan agama bukan Islam, khususnya Kristian kepada ummat Islam.

Aku lebih memilih pendekatan dakwah, dan mendekati bukannya memusuhi, melarang dan menjuahi. Bagaimana kita hendak menyampaikan dakwah jika kita tidak mudah didekati, tidka mesra?

Ya benar mereka juga cuba menyebarkan keyakinan mereka kepada kita, maka muhasabahlah.... sejauh mana kita telah siapa siaga, benteng pertahanan diri. Asas kita sudah dikukuhkan atau belum, soal diri sendiri, cukupkah persediaanku. Apa yang telah kita buat? Sistem Pendidikan kita? Sikap dan pendirian pimpinan kita?

Kenapa marah orang lain jadi kuat semata mata kerana kita  tidak berusaha memperkuatkan diri? umpama Manchester United marahkan Chelsea beli pemain untuk memperkuatkan pasukan.

WHATS APP IV - ISU COMANGO


Mempunyai ramai rakan yang menjadi aktivis... Ini kempen anjuran ISMA Ramai rakan rakanku menjadi ahlinya termasuh saudara Mohd Fauzi Asmuni dan Timbalan Mufti Perak, Sdr Zamri Hashim, rakan sepersekolahanku dahulu.

Kini mereka giat berkempen SEJUTA UMMAH MENOLAK COMANGO

Mohon rakan rakan yang membaca artikel ini juga menyokong usaha ini..

Takbir!!!!!


Whats App III


 Ini tentang sms/makluamt palsu mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah mengagihkan bantuan persekolah mulai 16 Disember 2013



Berita ini pada aku bersifat separuh benar, sbb memang kerajaan Selangor sbg kerajaan yang prihatin, ada menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat Selangor melalui program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor bermula sejak tahun 2008. Semenjak dari itu program ini sentiasa ditambah mengikut keperluan:

Program ini sentiasa dilaksanakan dan bukan bermula spt tarikh yang dinyatakan di dalam SMS berkenaan.
SMS ini lebih kepada berniat supaya rakyat menyerbu Pusat Khidmat DUN dan menyusahkan semua pihak. Lantas memberi gambaran Pusat Khidmat DUN seterusnya pentadbiran Negeri Selangor seolah olah tidka bersedia untuk memberikan bantuan yang dimaksudkan.
AJK PAS yang membuat laporan Polis