Tuesday, October 28, 2014

Mentari pagi

Keindahan Ilahi....mengingatkan kita kebesaranNya.
Tenang memandu di pagi hari
Moga sampai ke destinasi...
Mencari rezeki..nafkah anak isteri...

Monday, October 27, 2014

Mentari pagi

Emmmm jangan keliru
Ada 2 lampu merah?

Tu pun ada yang langgar / tak patuh peraturan lampu isyarat tu..

Namun yang lebih penting ialah apakah isyarat Allah dengan merahnya mentari pagi ini...

Saturday, October 25, 2014

Ikanku mati..

Pagi ni baru berniat nak bermanja dgn ikan ikanku...
Tiba di kolam ternampak seekor timbul...
Hidupkan air...timbul lagi seekor demi seekor...rupanya 8 ekor pergi mengadap Ilahi di tahun baru.
Itulah fitrah.
Menurut isteriku..semalam semua ikan masih hidup sewaktu diberi makan...


The only survivor...

Friday, October 24, 2014

Hujan di Lebuhraya Persekutuan

Waktu bergerak dari pejabat tadi nampak cuaca ok je.
Aku pun bergegas balik sebab esok kena datang bertugas.
Tiba di jejantas Kampung Kerinchi, hujan mula merintik...sampai depan ruang pameran kereta Ford/Mitshubishi hujan dah lebat macam ni.
Moga Allah selamatkan kami semua pemandu yang ingin pulang bertemu keluarga setelah penat sehari bekerja.

Hari Yang Indah

Bertolak dari rumah pukul 7.16 am dan sampai di pejabat pukul 8.10 am
Seronok kalau tiap hari macam ni

Wednesday, October 22, 2014

Nasib si Pungut

Kisah kucing ni..
Dulu hampir mati dilanggar di tengah jalan di rumah Boss lamaku En Shahrul Nizam di Saujana Utama.
Waktu tu aku di rumahnya, isteriku Noraini menunggu di kereta, tiba tiba terlihat kanak kanak sedang memerhatikan seekor kucing kecil yang menggeletar ketakutan akibat hampir dilanggar
Isteriku yang sangat penyayang, terus minta izin dari ku untuk memelihara kucing ni. Kami bertanya kepada En Shahrul jika ini kucing beliau atau jiran, tapi kata beliau itu mungkin kucing yang baru dibuang berdekatan rumah beliau.
Maka dengan memaklumkan kepada beliau jika ada yang memiliki kucing ini, bolehlah menuntutnya dari kami, kami membawa pulang sikucing kurap yang kini sudah seperti di atas, comelnya...

Hujan di KL Sentral

Inilah rupa hujan di KL Sentral..
Aku sengaja tak nak balik sebab Lebuhraya Persekutuan pasti sesak, sampai di Meru pun khabarnya jem sbb banjir di kawasan kilang di Jalan Haji Manan.

Banjir Kilat

Musim hujan di Meru...
Jalan jadi jem
Bila balik kerja setiap hari....hujan di Jalan Haji Manan akan dinaiki air.
Pasti ramai akan tunding kpd pihak berwajib..
Tp aku nak ajak kita muhasabah...sampah sampah kita..kita buang di mana.
Longkang,parit sumbat sebab siapa?

Selemah lemah iman

Dalam perjalan untuk ke kedai mencuci kereta, terlihat kayu di tengah jalan.
Teringat kata Nabi s.a.w...selemah lemah iman ialah mengalihkan batu di tengah jalan....
Hari ini aku telah alih ranting kayu di tengah jalan.
  
Moga iman aku tidak selemah itu...
Mohon doa semua yang membaca,doakan semoga Allah menguatkan iman aku dan semua kerana tanpa iman dan Islam..apalah ertinya hidup kita...

Teringat ingat

Setiap kali melintasi bangunan ini..aku tidak mungkin melupainya...Ya di bangunan inilah aku menerima satu dokumen yang sudah entah ke mana. Dokumen yang memenjarakan Senator Ezam. Kadang kadang aku pelik..kenapa aku boleh ada di situ,ketika itu..Itulah ketentuanNya bagi perjalananku. InsyAllah...pahatan sejarah itu... akan diadili oleh anak bangsa suatu waktu nanti..

Lampu Trafik Rosak

Gambar ni sempat aku snap semalam 21 Okt 2014.
Lampu Trafik berhampiran Klang Sentral..iaitu simpang Jalan Meru Tambahan dan Jalan Haji Abdul Manan rosak.
Terima kasih kepada pihak PDRM yang menugaskan anggota di simpang berkenaan.Cumanya ketika gambar ini diambil kedudukan anggota ini seperti tidak di tempat yang betul. Mungkin beliau baru tiba di lokasi agaknya...tapi ketika ini sudah pukul 7.10 pagi...? Wajarnya ini waktu puncak dan beliau patut tiba lebih awal
Mungkin  boleh komen..

Mandi...

Musim hujan...
Kena mandikan sbb selalu redah air..
Kalau basuh sendiri tudak cukup peralatan...
He he alasan....

Parlimen Belia

السﻻم عليكم
Jom kita muat turun perisian ini dan undi calon pilihan kitaKiberi mereka peluang memperlihatkan bakat mereka
Mungkin mereka pemimpin masa hadapan generasi kita.
Terima kasih

Saturday, October 18, 2014

Speedtest

Macam ni la..

Visitor from Moscow

Suprisingly
My blog has a visitor from Moscow...
Who is this visitor?
Hopefully I know him one fine day...

SRP 1986

Dulu dikenali dgn nama SRP kini PT3...
Inilah antara kenangan indah zaman persekolahanku di SMKAP atau Sek Men Agama Perak sebelum dikenali dengan nama SMKASAS. Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah...

Gambar ini diambil di Pulau Pangkor... rombongan sekolah selepas SRP...

ALIPH

Suatu ketika dulu..jenama kasut ini sangat terkenal...tak pasti kenapa diberhentikan pengeluarannya.

Tanggungjawab

Memahami keperluan semua...mengerti perasaan orang lain..atas rasa tanggungjawab..ku laksanakan amanah ini yang jika ingin ku kesampingkan sangat mudah.
Moga menjadi bekalan dan teladan