Tuesday, December 08, 2015
Sunday, December 06, 2015
Kenduri Rumah Kak Yong
Cerita minggu lepas
Balik ke Spg Lima menghadiri walimah anak kak Yong dan Bang Mat
Moga silaturrahim kita berkekalan.
Nenda kita dua beradik
Bonda kita sepupu
Kita 2 pupu...
Yang walimah dgn anakku 3 pupu...
Masjid Shah Alam
Jom kita meriahkan majlis Ilmu
Skrg prgm khatam al quran.
Semoga lebih byk prgm mcm ni diadakan di seluruh masjid di Selangor...
Melihat senarai aktiviti imarah masjid sangat seronok dan pelbagai...
Apatahlagi salah seorang pentadbir masjid adalah rakan karib kami sekeluarga sejak dari Sungai Besar, Puan Normadiah Harun.
Ya Allah.. permudahkanlah urusanku utk sering mengunjungi rumahMu...
Friday, November 13, 2015
Saigon Seripenang Halal Restoran Kampung Melayu
Percutian marhaen dengan ibu mertua ke Vietnam.
Saturday, October 31, 2015
Tahniah JPJ
Aku ambil cuti sempena menyambut kepulangan bapa saudara dari Mekah. Mereka dijangka tiba pukul 2.30 petang.
Kesedaran Sivik
Jika kita kata angkuh.. tentunya marah..tapi bukankah jelas ada kotak kuning..
Orang lain boleh letak kereta jauh..awak nak juga dekat...
Janganlah malukan pemilik kereta mewah....
Mohon lebih bersiviklah ya wahai empunya kenderaan...
Jiran Contoh
Inilah adalah salah seorang jiran / penduduk tinggal di Taman Meru Impian.
Sangat rajin, masak pun sedap...
Depan rumah dia ada taman mini...
Saturday, October 24, 2015
09 09 2015
Sekadar mengabadikan keindahan pagi...
Mengekalkan mode positive mengharungi kesesakan jalanraya menuju ke tempat kerja.
Perginya....
Coretan sedih...
Salah seorang sepupu yang sangat rapat dgn aku telah kembali ke rahmatullah...
Gambar ini diabadikan setelah selesai ....
JEREBU 20 OCT 2015
Inilah keadaan jerebu selepas tol Setia Alam menuju Shah Alam...
Gambar diambil pukul 7.15 pagi
Hari ini jalan lengang sebab sekolah cuti...
Tuesday, September 08, 2015
Mercu Tanda Jem
Mengekalkan mood positif mengharung rutin harian menempuh jem di Jln Hang Tuah ke Jalan Imbi.
Jaraknya tidak sampai 5km tapi kadangkala memakan masa 20 minit.
Lihatlah mercu tanda pencakar langit lambang kemajuan Malaysia...
Mercu tanda itu dibayar dengan kesesakan lalulintas dan poket....😁😁😁
Friday, August 07, 2015
Tuesday, July 14, 2015
Lori Merah
Emmm... ini kisah semalam. Bila terlihat kembali deretan lori merah ini. Terkenang kisah lama...semarak jiwa membara menegakkan keADILan...
Tapi kali ini..deretan lori ini beraksi bukan kerana itu, sebaliknya kerana mengekang rakan rakan yang diprovokasi dan terima berita tanpa sifat "TABYAN".
Kepada mereka yang terlibat, mohon fikir fikirkan... Inikah erti perjuangan bermaruah atau.....
Monday, June 22, 2015
Makan Malam Hari Bapa
Hanya di Tmn Meru Impian
Jiran yang rajin masak masak
Berkumpul..makan makan mcm ni
Terima kasih kpd penaja...
Moga murah rezeki.
Sunday, June 14, 2015
Tg Malim
Monday, June 08, 2015
Jalan
Dulu....
Melalui jalan ini setahun mungkin sekali dua.
Itupun kerana menziarahi bapa saudaraku..Halim,Suhaimi dan Kharsani.
Kini... inilah jalan harianku...
Alumni SMKASAS
الحمد الله
Pada 30 Mei 2015 lalu diadakan perjumpaan semula bekas pelajar Sek Men Keb Agama Sultan Azlan
Telah 34 tahun aku melangkah dari bumi Bota itu
Kini kami berkumpul semula.
Gembira juga bila dapat berjumpa bekas guru yang turut hadir.
Tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurkan majlis dengan gemilang.
TAHNIAH
Sunday, April 05, 2015
Sesekali
Agak lama tidak balik ke Sg Besar...
Kali ini aku kembali...dulu...sekitar 14 tahun lepas...hampir setiap malam aku ke tapak ini...
Menintai perjuangan...mungkin ramai tidak tahu...Tapak ini pernah memangkin sebuah perjalanan
Sunday, March 29, 2015
Katanya dah dinaik taraf?
Baru baru ni dapat panggilan menawarkan naik taraf kelajuan internet dari 1Mb kepada 2Mb..
Tapi masih mcm ni je....
Thursday, February 12, 2015
Surah Al Muddathir... ( Yang Berselimut )
Usai solat...mengajar anak mengaji...tiba di surah Al Mudathir..
Tergamit nostalgia Muqaddimahku di atas Pasaraya Marko Sg Besar...
Suatu yang aku sendiri tidak menyangka aku mampu melakukannya
Menyelitkan diri dlm lipatan sejarah... Namun....semua itu tinggal di minda shj...
Ramai yang sudah....lesu
Mungkin sdr Bahtiar Zai, atau Unose Smile, Ismail Mokhtar, masih ingat jerit perih kita.
Ya langkah bersama Dr Ghazali Basri dan Dr Noriah Mohamed, Tn Yahya Sahri dipandu mentor ulung arwah Pak Kudus, Halimey A Bakar, Baharin Machoo kekanda Mohd Husin Taib diteruskan.. Dr. Badrulamin Bahron Abu Talib Bujang
Alfatehah buat ayahanda kpd Atan Abdul Kudus.. dan juga sikembang Cina Arwah Shahrir Shahbudin satu satunya rakan yg tidak tahu perkataan tidak...
Moga adik adik yg mewarisi....kekal waja dan membara...
Ayuh terus melangkah
Monday, February 09, 2015
BNM Siaran Akhbar : Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina
Sejak pelancarannya dua tahun lepas, inisiatif untuk menggalakkan penggunaan wang kertas yang sesuai ini telah mendapat sokongan kuat daripada orang ramai. Hasilnya, Bank Negara Malaysia telah dapat mengurangkan pengeluaran wang kertas baharu sebanyak 44 peratus tahun lalu.
Bank Negara Malaysia ingin merakamkan penghargaannya kepada orang ramai atas sokongan yang menggalakkan ini dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk terus menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "angpow" semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) akan mula menyediakan perkhidmatan pertukaran wang kertas kepada orang ramai mulai hari ini, 9 Februari 2015.
Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda merupakan usaha sama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).
09 February 2015 http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=3150
Sunday, February 08, 2015
Speedtest
Friday, February 06, 2015
Tuesday, January 27, 2015
Ramly Halal Mart
Ketika orang ramai kian lupa kempen boikot McD.
Harga McD pun dah naik..tp Ramly Burger ni masih kekal RM5.95
Jom kita sokong produk Halal lagi suci....
Thursday, January 15, 2015
Wrong timming
Saja suke suke upload di mukabuku..tak sedar isu hijrah sdg di atmosfera.
Maka tempiasnya terasa.
Tiba tiba pokok bergoyang...
Aduhhhh...
Beli Buku Sekolah
Penggal persekolah 2015 hampir bermula...
Hari ni mula beli buku sekolah
Isk isk
Malu malu pulak ustazah ni kita nak ambil gambar