Thursday, February 12, 2015

Surah Al Muddathir... ( Yang Berselimut )

Usai solat...mengajar anak mengaji...tiba di surah Al Mudathir..
Tergamit nostalgia Muqaddimahku di atas Pasaraya Marko Sg Besar...

Suatu yang aku sendiri tidak menyangka aku mampu melakukannya

Menyelitkan diri dlm lipatan sejarah... Namun....semua itu tinggal di minda shj...

Ramai yang sudah....lesu
Mungkin sdr Bahtiar Zai, atau Unose Smile, Ismail Mokhtar, masih ingat jerit perih kita.

Ya langkah bersama Dr Ghazali Basri dan Dr Noriah Mohamed, Tn Yahya Sahri dipandu mentor ulung arwah Pak Kudus,  Halimey A Bakar, Baharin Machoo  kekanda Mohd Husin Taib diteruskan.. Dr. Badrulamin Bahron  Abu Talib Bujang

Alfatehah buat ayahanda kpd Atan Abdul Kudus.. dan juga sikembang Cina Arwah Shahrir Shahbudin satu satunya rakan yg tidak tahu perkataan tidak...

Moga adik adik yg mewarisi....kekal waja dan membara...

Ayuh terus melangkah

Monday, February 09, 2015

BNM Siaran Akhbar : Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina

BNM Siaran Akhbar

Ref No : 02/15/10
 
Embargo : For immediate release    
 
Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina
Bank Negara Malaysia akan terus mengeluarkan wang kertas RM1 dan RM5 yang sesuai untuk Tahun Baharu Cina yang akan datang ini. Ini selaras dengan inisiatif nasional iaitu Hijaukan Alam Sekitar Anda untuk menggalakkan kelestarian sumber dan pemuliharaan persekitaran kita.
Sejak pelancarannya dua tahun lepas, inisiatif untuk menggalakkan penggunaan wang kertas yang sesuai ini telah mendapat sokongan kuat daripada orang ramai. Hasilnya, Bank Negara Malaysia telah dapat mengurangkan pengeluaran wang kertas baharu sebanyak 44 peratus tahun lalu.
Bank Negara Malaysia ingin merakamkan penghargaannya kepada orang ramai atas sokongan yang menggalakkan ini dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk terus menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "angpow" semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan  Islam Malaysia (AIBIM) akan mula menyediakan perkhidmatan pertukaran wang kertas kepada orang ramai mulai hari ini, 9 Februari 2015.
Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda merupakan usaha sama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).
 

Sunday, February 08, 2015

Friday, February 06, 2015