Friday, April 08, 2016

SPEED TEST

Pergh lajunya berbanding Meru...
😭😭😭
Betapa nasib marhaen di luar bandar..

Monday, March 28, 2016

Kedai Gunting Zam

Kedai gunting pilihanku
Milik Bumiputera, anak watan.
Waktu perkhidmatan pun sampai lewat malam.

Friday, March 25, 2016

Oh Bahasaku

Inilah nasib Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan yang ada peruntukan khas dalam perlembagaan.

Suatu ketika dahulu, akhbar adalah alat pemerkasa bahasa. Akhbar menjadi rujukan penulisan.

Hari ini, sebaliknya...

Sunday, March 20, 2016

Kilang Roti Warisan

Sedap...
Hah kau, terpaksa beratur untuk merasa keenakan Roti Pak Cik Mokhtar ni
Ini bukan gambar Pak Cik Mokhtar, ini gambar anak dia, penerus warisan

Kesian pada korang, jadi bagi mengelakkan beratur, Ini jadual pengeluaran roti Pak Cik Mokhtar ni ye
Ini pula menu menu yang ditawarkan

Menu

Thursday, March 17, 2016

REUNION SMKAP/SAS - Gambarku bersama Tun Faisal

SMKAP
Dari Kiri Berdiri :  Ahmad Fauzi, Tengku Azlan Shah, Aku, Khatim, Tun Faisal, Hilmy Shamsur.
Duduk : Azizi Alias

Lama sudah aku cari gambar ni, baru terjumpa
mesti korang pelik kenapa post gambar kelabu... 
Tragik dan sadis ceritanya...
Asalnya aku nak bergambar berdua sahaja  dengan "Sahabat Dekat Tapi Jauh" aku Tun Faisal Ismail  yang terkenal tu...
Tak perlu sebut, pasti semua tahu siapa sahabat saya ni kan..?
Agaknya memang ... aku dgn TF ni mmg akan sentiasa "bergegar", tak boleh dekat...hinggakan gambar pun bergegar....
Hakikatnya, aku menghormati "kepercayaan dan pegangan" dia, sama seperti dia menghormati aku dan persahabatan kami mengatasi warna.
Kami yakin dengan jalan kami dan percaya apa yang kami buat adalah untuk Malaysia menjadi Baldatun Tayyibun wa rabbun ghafur"
Cuma cara berbeza....
Begitu juga rakan rakan lain dalam gambar itu, kita tetap rakan sepersekolahan, rakan sepermainan dan terus dalam ukhuwah seagama yang mengikat kita.


Sunday, March 13, 2016

Cendawan

CENDAWAN

Inilah cendawan yang dibeli dari Nisah Agro Farm
Perusahaan milik kawan sepersekolahan isteriku 
Jom kita sama sama sokong usahawan bumiputera.

Friday, March 04, 2016

Solah Jumaat di Masjid Al Bukhary

Benarlah...?
Yg mengimarahkan masjid kini adalah spt dlm gambar ini.
Mungkin rakyat tempatan lebih dahulu memenuhkan saf hadapan

Thursday, February 25, 2016

SPEEDTEST TM BROADBAND

Inilah kelajuan khidmat broadband TM di kawasan Meru, Klang...

TM100 24 Feb 2016

Kali ke empat dlm setahun
Gangguan talian telefon di Meru..
Sungguh memalukan.
Adakah kerana kawasan Meru ini "kampung", luar bandar...maka pihak korporat spt TM pandang kami sebelah mata?.
Tiada inisiatif untuk mengatasi masalah ini secara tuntas?

Tuesday, January 12, 2016

TM100

Boleh pulak bagi no aduan...bukan ke tadi En Azrul kata guna no telefon sahaja sebagai no rujukan.

TM oh TM
Tolonglah...

TM 100

Ya.. episod gangguan perkhidmatan TM di Meru bagi 2016 bermula.

Saya hubungi no 100 dan macam biasa...robot akan meminta kita memilih menu dan pengesahan yg pelbagai.

Kemudian mendengar pengumuman tentang gangguan perkhidmatan TM yang lain dan iklan. Habis iklan dengar muzik dulu baru panggilan dijawab.

Sekali lagi staff TM akan menanyakan nama no telefon yang rosak, no lain utk dihubungi, ada berapa unit / sambungan telefon di rumah.

Bila dimaklumkan tiada nada dail.. masih tanya broadband boleh guna ke walapun dah cakap saya telah buat sambungan terus tanpa router.

Akhirnya...minta saya tunggu di talian untuk dapat no aduan...dengar muzik lagi 3-5 minit.

Lepas itu dimaklumkan no aduan adalah no telefon yang rosak.

PERSOALAN : Kalau sudah tahu no telefon akan digunakan sbg no rujukan, kenapa perlu letakkan saya  menunggu di talian sehingga penerima aduan siap menaip laporan?

Kemudian dimaklumkan hanya akan mendapat maklumbalas dalam tempoh 24 jam.

Ok.. kita tungu jawaban / punca kerosakannya.

Jika akibat kecurian kabel...Jom kita rekodkan sbg 2/2016 dan lihat apa tindakan TM selepas ini kerana tahun lepas pun saya telah lebih 3 kali mendapat alasan yang sama.

Bila kita cadangkan tukar kpd kabel optik / bawah tanah, TM tidak setuju kerana alasan kos..tp saya pasti ini juga adalah diskriminasi oleh TM kpd kami penduduk Meru yang rata rata Melayu Muslim berbanding Kaw Setia Alam.

Maklum..Meru hanya kawasan kampung dan orang Melayu tidak mampu untuk langgan Hi-Speed internet dll macam bukan Melayu di Setia Alam.

Hakikat inilah yang menjadikan Bumiputera tidak mudah untuk berjaya...dianaktirikan oleh bangsa sendiri.



Sunday, December 06, 2015

Kenduri Rumah Kak Yong

Cerita minggu lepas
Balik ke Spg Lima menghadiri walimah anak kak  Yong dan Bang Mat
Moga silaturrahim kita berkekalan.
Nenda kita dua beradik
Bonda kita sepupu
Kita 2 pupu...
Yang walimah dgn anakku 3 pupu...

Masjid Shah Alam

Jom kita meriahkan majlis Ilmu
Skrg prgm khatam al quran.

Semoga lebih byk prgm mcm ni diadakan di seluruh masjid di Selangor...

Melihat senarai aktiviti imarah masjid sangat seronok dan pelbagai...

Apatahlagi salah seorang pentadbir masjid adalah rakan karib kami sekeluarga sejak dari Sungai Besar, Puan Normadiah Harun.

Ya Allah.. permudahkanlah urusanku utk sering mengunjungi rumahMu...

Friday, November 13, 2015

Saigon Seripenang Halal Restoran Kampung Melayu

Klik Jom untuk melihat sebahagian Gambar gambar ke Ho Chi Min
Percutian marhaen dengan ibu mertua ke Vietnam.

Saturday, October 31, 2015

Tahniah JPJ

26 Okt 2015
Aku ambil cuti sempena menyambut kepulangan bapa saudara dari Mekah. Mereka dijangka tiba pukul 2.30 petang.
Di sebelah paginya aku ke JPJ bagi menguruskan pertukaran lesen anakku. Dia sudah boleh tanggalkan tanda P di kereta...
Satu tanggapan umum...
jika ke JPJ mesti awal pagi jika tidak alamat urusan tidak siap pada hari yang sama.
Rupanya stigma itu berjaya dinafikan oleh JPJ Selangor caw Pdg Jawa..
Tiket ku no 1060.. diambil pukul 8.06 pagi..Selesai urusan 9.11 pagi.
Sungguh pantas walaupun berdasarkan angka giliran aku adalah orang ke 60.
Menakjubkan 60 orang dalam 60 minit..Hebat..
Tahniah JPJ Padang Jawa....

Sedikit sahaja kecacatannya..di kaunter tiket..sewaktu saya bertanya bayaran lesen...kakitangan menjawab..saya tidak pasti jumlah bayaran yang dikenakan...

Kesedaran Sivik

Jika kita kata angkuh.. tentunya marah..tapi bukankah jelas ada kotak kuning..
Orang lain boleh letak kereta jauh..awak nak juga dekat...
Janganlah malukan pemilik kereta mewah....
Mohon lebih bersiviklah ya wahai empunya kenderaan...

Jiran Contoh

Inilah adalah salah seorang jiran / penduduk tinggal di Taman Meru Impian.
Sangat rajin, masak pun sedap...
Depan rumah dia ada taman mini...

Saturday, October 24, 2015

09 09 2015

Sekadar mengabadikan keindahan pagi...
Mengekalkan mode positive mengharungi kesesakan jalanraya menuju ke tempat kerja.

Perginya....

Coretan sedih...
Salah seorang sepupu yang sangat rapat dgn aku telah kembali ke rahmatullah...
Gambar ini diabadikan setelah selesai ....
 

JEREBU 20 OCT 2015

Inilah keadaan jerebu selepas tol Setia Alam menuju Shah Alam...
Gambar diambil pukul 7.15 pagi
Hari ini jalan lengang sebab sekolah cuti...

Tuesday, September 08, 2015

Mercu Tanda Jem

Mengekalkan mood positif mengharung rutin harian menempuh jem di Jln Hang Tuah ke Jalan Imbi.
Jaraknya tidak sampai 5km tapi kadangkala memakan masa 20 minit.
Lihatlah mercu tanda pencakar langit lambang kemajuan Malaysia...
Mercu tanda itu dibayar dengan kesesakan lalulintas dan poket....😁😁😁

Tuesday, July 14, 2015

Lori Merah

Emmm... ini kisah semalam. Bila terlihat kembali deretan lori merah ini. Terkenang kisah lama...semarak jiwa membara menegakkan keADILan...

Tapi kali ini..deretan lori ini beraksi bukan kerana itu, sebaliknya kerana mengekang rakan rakan yang diprovokasi dan terima berita tanpa sifat "TABYAN".

Kepada mereka yang terlibat, mohon fikir fikirkan... Inikah erti perjuangan bermaruah atau.....

Monday, June 22, 2015

Makan Malam Hari Bapa

Hanya di Tmn Meru Impian
Jiran yang rajin masak masak
Berkumpul..makan makan mcm ni
Terima kasih kpd penaja...
Moga murah rezeki.

Monday, June 08, 2015

Jalan

Dulu....
Melalui jalan ini setahun mungkin sekali dua.
Itupun kerana menziarahi bapa saudaraku..Halim,Suhaimi dan Kharsani.
Kini... inilah jalan harianku...

Perjalanan

Sekadar rakaman

Alumni SMKASAS

الحمد الله
  Pada 30 Mei 2015 lalu diadakan perjumpaan semula bekas pelajar Sek Men Keb Agama Sultan Azlan
Telah 34 tahun aku melangkah dari bumi Bota itu
Kini kami berkumpul semula.
Gembira juga bila dapat berjumpa bekas guru yang turut hadir.
Tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurkan majlis dengan gemilang.
TAHNIAH

Sunday, April 05, 2015

Sesekali

Agak lama tidak balik ke Sg Besar...
Kali ini aku kembali...dulu...sekitar 14 tahun lepas...hampir setiap malam aku ke tapak ini...
Menintai perjuangan...mungkin ramai tidak tahu...Tapak ini pernah memangkin sebuah perjalanan

Sunday, March 29, 2015

Katanya dah dinaik taraf?

Baru baru ni dapat panggilan menawarkan naik taraf kelajuan internet dari 1Mb kepada 2Mb..
Tapi masih mcm ni je....

Thursday, February 12, 2015

Surah Al Muddathir... ( Yang Berselimut )

Usai solat...mengajar anak mengaji...tiba di surah Al Mudathir..
Tergamit nostalgia Muqaddimahku di atas Pasaraya Marko Sg Besar...

Suatu yang aku sendiri tidak menyangka aku mampu melakukannya

Menyelitkan diri dlm lipatan sejarah... Namun....semua itu tinggal di minda shj...

Ramai yang sudah....lesu
Mungkin sdr Bahtiar Zai, atau Unose Smile, Ismail Mokhtar, masih ingat jerit perih kita.

Ya langkah bersama Dr Ghazali Basri dan Dr Noriah Mohamed, Tn Yahya Sahri dipandu mentor ulung arwah Pak Kudus,  Halimey A Bakar, Baharin Machoo  kekanda Mohd Husin Taib diteruskan.. Dr. Badrulamin Bahron  Abu Talib Bujang

Alfatehah buat ayahanda kpd Atan Abdul Kudus.. dan juga sikembang Cina Arwah Shahrir Shahbudin satu satunya rakan yg tidak tahu perkataan tidak...

Moga adik adik yg mewarisi....kekal waja dan membara...

Ayuh terus melangkah

Monday, February 09, 2015

BNM Siaran Akhbar : Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina

BNM Siaran Akhbar

Ref No : 02/15/10
 
Embargo : For immediate release    
 
Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina
Bank Negara Malaysia akan terus mengeluarkan wang kertas RM1 dan RM5 yang sesuai untuk Tahun Baharu Cina yang akan datang ini. Ini selaras dengan inisiatif nasional iaitu Hijaukan Alam Sekitar Anda untuk menggalakkan kelestarian sumber dan pemuliharaan persekitaran kita.
Sejak pelancarannya dua tahun lepas, inisiatif untuk menggalakkan penggunaan wang kertas yang sesuai ini telah mendapat sokongan kuat daripada orang ramai. Hasilnya, Bank Negara Malaysia telah dapat mengurangkan pengeluaran wang kertas baharu sebanyak 44 peratus tahun lalu.
Bank Negara Malaysia ingin merakamkan penghargaannya kepada orang ramai atas sokongan yang menggalakkan ini dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk terus menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "angpow" semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan  Islam Malaysia (AIBIM) akan mula menyediakan perkhidmatan pertukaran wang kertas kepada orang ramai mulai hari ini, 9 Februari 2015.
Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda merupakan usaha sama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).
 

Sunday, February 08, 2015

Friday, February 06, 2015

Tuesday, January 27, 2015

Ramly Halal Mart

Ketika orang ramai kian lupa kempen boikot McD.
Harga McD pun dah naik..tp Ramly Burger ni masih kekal RM5.95
Jom kita sokong produk Halal lagi suci....

Thursday, January 15, 2015

Wrong timming

Saja suke suke upload di mukabuku..tak sedar isu hijrah sdg di atmosfera.
Maka tempiasnya terasa.
Tiba tiba pokok bergoyang...
Aduhhhh...

Beli Buku Sekolah

Penggal persekolah 2015 hampir bermula...
Hari ni mula beli buku sekolah

Isk isk
Malu malu pulak ustazah ni kita nak ambil gambar

Saturday, December 27, 2014

Copy Paste Hebahan Whats App Musim Banjir


[25/12 11:14 AM] ‪+60 13-356 3169‬: Ni luahan dr anaes MO kat hosp kuala krai. Moga Allah permudahkn mrk dan meredakn musibah yg melanda

[24/12 20:07] adibah ab1: Air mmg masih menaik
Keluarga sy dh lari atas bukit
Kami kt hospital masih bertahan..bot pon xboleh sampai bawa bantuan sbb arus laju sgt
[24/12 20:07] adibah ab1: Dgrnye army akan hantar bantuan melalui helikopter
Kalau air x surut2..esok mungkin akan evacuate patient  dgn heli sbb bekalan oksigen pun x tahan lama
[24/12 20:09] adibah ab1: Bekalan elektrik dah putus satu bandar
Kami kt hospital guna generator...mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat
Talian telefon slow2 nak putus dh, landline TM dah x berfungsi
Maxis n digi xdop line
Celcom boleh lg sikit2
[24/12 20:11] adibah ab1: Kalau tgk berita, mereka tak cerita sgt pun how bad things are over here.
They kept saying that situations are bad...tapi khabar berita ttg berapa teruk tu tak diberitahu pun.
Org sebarkan berita melalui whatsap dan facebook...it's like the nation doesnt really care.

Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis?
Pui.
[24/12 20:14] adibah ab1: My staffs are working round the clock
Orang sama je tak henti henti kerja

Dapur gelap gelita...utk masak utk beratus2 org, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU

Kt manek urai...beribu2 org berlindung kt sekolah yg hampir tenggelam, duduk atas bukit yg hampir tenggelam.

Sebuah heli bantuan pun x nampak.
[24/12 20:18] adibah ab1: Kami doktor bius duk fikir ttg patient icu
Bernafas dgn mesin

Kat kb, usm, semua dh penuh

Air pun dah makin naik kt KB...diorg tgh fikir nk pindahkan berpuluh2 patient yg bernafas dgn mesin kt sana, nak pindah ke mana.
[24/12 20:23] adibah ab1: Semalam ada pesakit meninggal, jasad dah hantar keluar dgn bot bomba, keluarganya masih terdampar kt hospital. Tak tahu nk g mana.
Hospital ni adalah tmpt paling selamat di bandar kuala krai skrg.

Kami masih ok...masih boleh fikir ttg makan, ttg pakaian, ttg ubat.

Belum fikir ttg mati dan tenggelam, tapi kami dah telefon keluarga masing2....pesan-pesan...kirim salam. Some of our mothers are crying, but we are not yet worried about us dying. No, not yet, but the water keeps rising.
Selagi masih ada talian celcom/wifi, I'll try to tell our stories here.
[24/12 20:24] adibah ab1: Doakan kami deh. Kami dan keluarga kami... some of us here, rumah2 dah lesap tenggelam, kenderaan dah tenggelam.

Allahu rab
Sedih😢..

Copy paste dr geng hosp kuala krai...
[25/12 11:16 AM] ‪+60 13-356 3169‬: Za. No tel 019-3568034.. en mat ariffin.. pegawai kanan petronaus... sama matrik dgn jae dulu..
[25/12 11:16 AM] ‪+60 13-356 3169‬: Rayuan Derna Banjir Kelantan

Keadaan makin gawat. Byk tempat pemindahan dinaiki air hingga aras 2.

Mohon doa dan sumbgn segera.

Sumbangan boleh didepositkan ke

Akaun 1.
Perakan Malaysia di Bank Islam 1211.3010.0281.58

2. Akaun 2.
Muslim Care Malaysia maybank 564490411159

Sila sms/Wa saya jika menyumbang.

Mat Arifin Ismail
Kota Bharu
24/12/14

Mesej ke 2

SAYA MOHON KPADA SAHABAT2 SKALIAN....MOHON DOAKAN KESELAMATAN KAMI WARGA KG RUSILA MARANG TERENGGANU. ..supaya OMBAK LAUT CINA SELATAN INI BIARLAH REDA SIKIT....SEKARANG INI AIR SEPERTI DH NK MCAM TSUNAMI...YA ALLAH...AMPUN DOSA KAMI.....PIHAK BOMBA TENGAH BERJAGA JAGA SEKARANG INI... 
*paste dr grup cikgu marang

Mesej 3

[24/12 4:14 PM] Jiran Nizar: empangan chenderoh sudah bocor                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        kuala kangsar tenggelam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ipoh mula tenggelam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Kpd shbt2 yg de saudara mara yg tinggal brhampiran sg perak...mohon brsiap sedia hdpi kemungkinan bnjir                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Maklumat terkini paras air 23b Dis 2014:                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        1. Jamb Iskandar 11:00hrs : 33.60m menaik. (Amaran:33.70m)(Bahaya:34.60m)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        2. Parit : 18.56m mendatar. (Amaran:19.80m)(Bahaya:21.6m)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        3. Teluk Sena: 9.48m mendatar (Amaran:10.70m)(Bahaya:12.80m)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        4. Kg. Gajah: 5.59m menaik (Amaran: 6.40m)(Bahaya:7.00m)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Laporan terkini dari TNB. Mereka telah melepaskan air begitu byk. Mohon semua daerah terlibat bersedia . Banjir akan berlaku disepanjang Sg. Perak.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          #budak perak sebarkan 😭
[24/12 4:14 PM] Jiran Nizar: Info...ketepatan Allahualam..

Monday, December 22, 2014

Mendung

Sama seperti keputusan PT3 anakandaku
Bukan terlalu teruk cumanya tidak seperti jangkaan.
Wajarnya PT3 ini dilaksanakan tahun depan, bukan tahun ini. Perlaksanaan yang tergesa gesa dan gopoh ini memangsakan anak bangsa sendiri kerana kekeliruan banyak pihak.
Pilu hati melihat anak yang kecewa.. bukan kerana tidak berusaha tapi pintu gol yang diubah saat akhir...

Friday, December 19, 2014

ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN DI NU Sentral?...

Dulu..
Maal Hijrah dekat dgn Depavali..
Tenggelam Maal Hijrah
Kali ni...hampir sebulan sambutan krismas dibuat di sini...
Aku bukan anti agama lain..tetapi.. mana identiti Malaysia yang Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan?
Islam menghormati anda mengamalkan agama anda..tp....

Kepada saudara seagamaku... apa perlunya bergambar di samping simbol simbol agama bukan Islam
Tanpa sedar kita mengizinkan anak anak bergambar.. dan isyarat salah dihantar kepada anak anak.....
Seolah olah kita redha mereka mendekati agama bukan Islam..


Sunday, December 07, 2014

Tasik Biru,Kundang

Tempat yang menarik.
Aku datang menemani isteri ke Perjumpaan Semula Bekas Pelajar SK Simpang 5, Sg Besar 1979-84

Mungkin pihak berwajib patut mewartakan kawasan berniaga dan pakir kereta.

Pengamatan aku...ramai pengunjung akan diminta oleh peniaga untuk mengalihkan kereta kerana meletak di kawasan yang didakwa sebagai petak niaga mereka.

Persoalannya...berapa besar kawasan niaga mereka..

Speed Test

Sekadar untuk memantau...
Bila agaknya dapat internet yang lebih laju....

Broadband Streamyx ni katanya 1MB..

Hakikatnya....

Ziarah

Alhamdulillah
Gembira melihat sahabatku masih segar dan bersemangat...

Moga cepat pulih seperti sediakala...

Wednesday, December 03, 2014

سبحناالله Maha suci Allah

Cantik dan indah aturanMu ya Allah atas suasana ini...
Namun aku tak mampu mentafsir apa tanda di sebalik ciptaanMu ini selain kebesaranMu ya Allah..

Ada kalanya... aku menjadi sangat takut bahawa ini alamatMu bahawa alam ini sudah semakin dihujungnya.

Kulihat... saat ini biasanya suasana lebih terang dan cerah..tapi hari ini...masih kelam..

Apa rahsiaMu ya Allah...