Sunday, December 10, 2017

Unimas kita?



Gambar kenangan menghantar Aiman Zarith ke Sarawak. Dia ditawarkan ke Asasi Sains Hayat di Unimas. Nampaknya lepas ni kami akan selalu ke Sarawak... Tak banyak aktiviti yang dirakamkan dan lawatan kerana kunungan di Bulan Ramadhan,, jimat tenaga.... :P

Sunday, May 21, 2017

Beli Rumah Di Setia Alam?

Saya mohon kepada sesiapa yang bercadang untuk membeli / menyewa di Setia Alam untuk mempertimbangkan semula cadangan itu.

Fikirkan isu kesesakan jalanraya. Dulu mungkin di sekitar Sekolah Antarabangsa Tenby sahaja.

Seterusnya kesesakan mulai melimpah ke hadapan Setia City Mall.

Kini...
Melarat hingga ke Plaza tol Setia Alam bersambung ke susur masuk NKVE sampai ke bawah jejambat Bukit Bandaraya dan kadangkala ke Bukit Jelutong...

Fikir fikirkanlah

#NKVE #SPSetia #SetiaAlam #SetiaCityMall #SCM #Tenby

Saturday, May 20, 2017

TILAWAH ANTARABANGSA 2017

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 1438H/2017M

Hafazan Lelaki:
30 Juzuk
1. 94.00% - Sinegal
2. 93.95% - Malaysia
3. 93.94% - Qatar

Hafazan Perempuan:
30 Juzuk
1. 92.76% - Nigeria
2. 91.51% - Palestin
3. 89.14% - Sinegal

Tilawah Lelaki:
1. 89.96% - Iran
2. 89.58% - Brunei
3. 89.09% - Malaysia
4. 85.71% - Kanada
5. 85.55% - Singapura

Tilawah Perempuan:
1. 91.52% - Malaysia
2. 86.63% - Brunei
3. 86.01% - Singapura
4. 84.96% - Thailand
5. 84.50% - Maghribi

Tahniah Diucapkan 👍🏻

Wednesday, February 15, 2017

KEESAANNYA

Lihatlah betapa indah ciptaanNya.
Inilah anugerah yang mampu mendamaikan jiwa yang resah meredah kesesakan jalanraya.
Kusyukuri nikmatMu ya Allah

Friday, November 18, 2016

UPSR 2016

Emmm apa nak citer
Tak de menda la, sbb nithing new to me.
Anak sulung..mangsa 1st time PPSMI...
Anak kedua ...mangsa 1st time PT3
Anak ketiga..mangsa 1st time UPSR 6 subjek..apa ke nama periksa...
Mak bapak pun x ramai tahu nama periksa ni sbb KBAT sangat katanya...

Jadi bagi aku... anak anak tak dapat result sebagus tahun lepas..bukan benda baru...

Apa jua hasilnya..aku redha dan terima kerana ada hikmah disebalik ketentuanNya itu...

Relex la kan.... ia hanya satu permulaan...

Kehidupan mesti diteruskan...

Monday, May 02, 2016

MENJELANG SEABAD BERBAKTI

20062006.. kereta ini menjadi milikku.
Hampir seabad sudah kau berbakti kepadaku.

Model berbaju Biru Sekadar Hiasan
Tiada kena mengena dengan tulisan ini.
Hari ini, dengan berat hati.. menjelang ulangtahun sedekad, aku membawamu ke Puspakom. Lakukan sedikit semakan dan pengesahan. Mungkinkah aku terpaksa....
Begitulah hakikat hidup, sampai waktunya, kita harus melalui dan redha atas ketentuanNya.



Khabarnya, hari ini juga adalah hari terakhir Puspakom menyediakan khidmat pemeriksaan kenderaan persendirian di cawangan Tmn Bukit Maluri


Pengkhususan Perkhidmatan Pemeriksaan PUSPAKOM Taman Bukit Maluri & Batu Caves

Pengkhususan Perkhidmatan Pemeriksaan PUSPAKOM Taman Bukit Maluri & Batu Caves

Friday, April 08, 2016

KUCINGKU

Kucing inin sangat istimewa bagi keluargaku.Masihku ingat, sekembali aku dari pejabat, ketika sampai dan memakir keretaku. Aku terlanggar kucing ini yang masih anak lagi. Terus kelihatan ia senyap tidak bergerak. Anakku Aiman Zartih dan Aiman Zaim terus mengambil dan menanam kucing yang disangka telah mati. Ketika Zarith menyangkul untuk membuat lubang, tiba tiba kucing ini bergerak. Sejak itu kami memutuskan untuk memelihara kucing buangan ini.


Yang seekor ini pula diselamatkan oleh isteriku ketika kami berkunjung ke rumah En Shahrul, boss aku di BIMB UM dulu.
Kucing ini hampir dilanggar, agaknya trauma, dia tetap tidak beralih dari jalan.

Demi mengelakkan dari dilanggar, Isteriku memungutnya untuk dibawa pulang, maka dinamakanlah kucing ini dengan nama PUNGUT

Test lagi

Untuk adil
Kita cuba lagi sekali

Speedtest TM Wifi

Kita try ujian kelajuan TM Wifi di Bukit Bintang.
Tadi tu guna Celcom Data Plan...

SPEED TEST

Pergh lajunya berbanding Meru...
😭😭😭
Betapa nasib marhaen di luar bandar..

Monday, March 28, 2016

Kedai Gunting Zam

Kedai gunting pilihanku
Milik Bumiputera, anak watan.
Waktu perkhidmatan pun sampai lewat malam.

Friday, March 25, 2016

Oh Bahasaku

Inilah nasib Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan yang ada peruntukan khas dalam perlembagaan.

Suatu ketika dahulu, akhbar adalah alat pemerkasa bahasa. Akhbar menjadi rujukan penulisan.

Hari ini, sebaliknya...

Sunday, March 20, 2016

Kilang Roti Warisan

Sedap...
Hah kau, terpaksa beratur untuk merasa keenakan Roti Pak Cik Mokhtar ni
Ini bukan gambar Pak Cik Mokhtar, ini gambar anak dia, penerus warisan

Kesian pada korang, jadi bagi mengelakkan beratur, Ini jadual pengeluaran roti Pak Cik Mokhtar ni ye
Ini pula menu menu yang ditawarkan

Menu

Thursday, March 17, 2016

REUNION SMKAP/SAS - Gambarku bersama Tun Faisal

SMKAP
Dari Kiri Berdiri :  Ahmad Fauzi, Tengku Azlan Shah, Aku, Khatim, Tun Faisal, Hilmy Shamsur.
Duduk : Azizi Alias

Lama sudah aku cari gambar ni, baru terjumpa
mesti korang pelik kenapa post gambar kelabu... 
Tragik dan sadis ceritanya...
Asalnya aku nak bergambar berdua sahaja  dengan "Sahabat Dekat Tapi Jauh" aku Tun Faisal Ismail  yang terkenal tu...
Tak perlu sebut, pasti semua tahu siapa sahabat saya ni kan..?
Agaknya memang ... aku dgn TF ni mmg akan sentiasa "bergegar", tak boleh dekat...hinggakan gambar pun bergegar....
Hakikatnya, aku menghormati "kepercayaan dan pegangan" dia, sama seperti dia menghormati aku dan persahabatan kami mengatasi warna.
Kami yakin dengan jalan kami dan percaya apa yang kami buat adalah untuk Malaysia menjadi Baldatun Tayyibun wa rabbun ghafur"
Cuma cara berbeza....
Begitu juga rakan rakan lain dalam gambar itu, kita tetap rakan sepersekolahan, rakan sepermainan dan terus dalam ukhuwah seagama yang mengikat kita.


Sunday, March 13, 2016

Cendawan

CENDAWAN

Inilah cendawan yang dibeli dari Nisah Agro Farm
Perusahaan milik kawan sepersekolahan isteriku 
Jom kita sama sama sokong usahawan bumiputera.

Friday, March 04, 2016

Solah Jumaat di Masjid Al Bukhary

Benarlah...?
Yg mengimarahkan masjid kini adalah spt dlm gambar ini.
Mungkin rakyat tempatan lebih dahulu memenuhkan saf hadapan

Thursday, February 25, 2016

SPEEDTEST TM BROADBAND

Inilah kelajuan khidmat broadband TM di kawasan Meru, Klang...

TM100 24 Feb 2016

Kali ke empat dlm setahun
Gangguan talian telefon di Meru..
Sungguh memalukan.
Adakah kerana kawasan Meru ini "kampung", luar bandar...maka pihak korporat spt TM pandang kami sebelah mata?.
Tiada inisiatif untuk mengatasi masalah ini secara tuntas?