Sunday, December 17, 2017

Jejak Kasih Ke Tembilahan

Setelah sekian lama... akhirnya dapat juga kami mencari keluarga yang terpisah. Punca terpisah kerana konfrontasi Malaysia Indonesia sekitara 1962/63 yang juga kenali sebangai peristiwa Ganyang Malaysia. Abang kepada nenda saya berkelana ke Indonesia ketika itu. Konfrontasi itu mengakibatkan beliau tidak dibenarkan kembali ke Malaysia







 Semakin menghampiri






Inilah Makam kekanda kepada Nenda saya..

Rumah arwah yang kini dihuni oleh cucunya

sicomel ini saudara sedarah daging ku..

Monday, December 11, 2017

Sunday, December 10, 2017

Unimas kita?



Gambar kenangan menghantar Aiman Zarith ke Sarawak. Dia ditawarkan ke Asasi Sains Hayat di Unimas. Nampaknya lepas ni kami akan selalu ke Sarawak... Tak banyak aktiviti yang dirakamkan dan lawatan kerana kunungan di Bulan Ramadhan,, jimat tenaga.... :P

Sunday, May 21, 2017

Beli Rumah Di Setia Alam?

Saya mohon kepada sesiapa yang bercadang untuk membeli / menyewa di Setia Alam untuk mempertimbangkan semula cadangan itu.

Fikirkan isu kesesakan jalanraya. Dulu mungkin di sekitar Sekolah Antarabangsa Tenby sahaja.

Seterusnya kesesakan mulai melimpah ke hadapan Setia City Mall.

Kini...
Melarat hingga ke Plaza tol Setia Alam bersambung ke susur masuk NKVE sampai ke bawah jejambat Bukit Bandaraya dan kadangkala ke Bukit Jelutong...

Fikir fikirkanlah

#NKVE #SPSetia #SetiaAlam #SetiaCityMall #SCM #Tenby

Saturday, May 20, 2017

TILAWAH ANTARABANGSA 2017

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 1438H/2017M

Hafazan Lelaki:
30 Juzuk
1. 94.00% - Sinegal
2. 93.95% - Malaysia
3. 93.94% - Qatar

Hafazan Perempuan:
30 Juzuk
1. 92.76% - Nigeria
2. 91.51% - Palestin
3. 89.14% - Sinegal

Tilawah Lelaki:
1. 89.96% - Iran
2. 89.58% - Brunei
3. 89.09% - Malaysia
4. 85.71% - Kanada
5. 85.55% - Singapura

Tilawah Perempuan:
1. 91.52% - Malaysia
2. 86.63% - Brunei
3. 86.01% - Singapura
4. 84.96% - Thailand
5. 84.50% - Maghribi

Tahniah Diucapkan 👍🏻

Wednesday, February 15, 2017

KEESAANNYA

Lihatlah betapa indah ciptaanNya.
Inilah anugerah yang mampu mendamaikan jiwa yang resah meredah kesesakan jalanraya.
Kusyukuri nikmatMu ya Allah

Friday, November 18, 2016

UPSR 2016

Emmm apa nak citer
Tak de menda la, sbb nithing new to me.
Anak sulung..mangsa 1st time PPSMI...
Anak kedua ...mangsa 1st time PT3
Anak ketiga..mangsa 1st time UPSR 6 subjek..apa ke nama periksa...
Mak bapak pun x ramai tahu nama periksa ni sbb KBAT sangat katanya...

Jadi bagi aku... anak anak tak dapat result sebagus tahun lepas..bukan benda baru...

Apa jua hasilnya..aku redha dan terima kerana ada hikmah disebalik ketentuanNya itu...

Relex la kan.... ia hanya satu permulaan...

Kehidupan mesti diteruskan...

Monday, May 02, 2016

MENJELANG SEABAD BERBAKTI

20062006.. kereta ini menjadi milikku.
Hampir seabad sudah kau berbakti kepadaku.

Model berbaju Biru Sekadar Hiasan
Tiada kena mengena dengan tulisan ini.
Hari ini, dengan berat hati.. menjelang ulangtahun sedekad, aku membawamu ke Puspakom. Lakukan sedikit semakan dan pengesahan. Mungkinkah aku terpaksa....
Begitulah hakikat hidup, sampai waktunya, kita harus melalui dan redha atas ketentuanNya.



Khabarnya, hari ini juga adalah hari terakhir Puspakom menyediakan khidmat pemeriksaan kenderaan persendirian di cawangan Tmn Bukit Maluri


Pengkhususan Perkhidmatan Pemeriksaan PUSPAKOM Taman Bukit Maluri & Batu Caves

Pengkhususan Perkhidmatan Pemeriksaan PUSPAKOM Taman Bukit Maluri & Batu Caves

Friday, April 08, 2016

KUCINGKU

Kucing inin sangat istimewa bagi keluargaku.Masihku ingat, sekembali aku dari pejabat, ketika sampai dan memakir keretaku. Aku terlanggar kucing ini yang masih anak lagi. Terus kelihatan ia senyap tidak bergerak. Anakku Aiman Zartih dan Aiman Zaim terus mengambil dan menanam kucing yang disangka telah mati. Ketika Zarith menyangkul untuk membuat lubang, tiba tiba kucing ini bergerak. Sejak itu kami memutuskan untuk memelihara kucing buangan ini.


Yang seekor ini pula diselamatkan oleh isteriku ketika kami berkunjung ke rumah En Shahrul, boss aku di BIMB UM dulu.
Kucing ini hampir dilanggar, agaknya trauma, dia tetap tidak beralih dari jalan.

Demi mengelakkan dari dilanggar, Isteriku memungutnya untuk dibawa pulang, maka dinamakanlah kucing ini dengan nama PUNGUT

Test lagi

Untuk adil
Kita cuba lagi sekali

Speedtest TM Wifi

Kita try ujian kelajuan TM Wifi di Bukit Bintang.
Tadi tu guna Celcom Data Plan...

SPEED TEST

Pergh lajunya berbanding Meru...
😭😭😭
Betapa nasib marhaen di luar bandar..