Monday, July 19, 2010

Emm, inilah gambor majlis makan sempena aku pindah dari Bank Islam Caw Universiti Malaya ke Caw CBC Puncak Alam...
Terima kasih kpd semua yang mengadakan majlis untuk aku ni...
Tak sangka kornag buat jugak, wp kejap je aku kat sini....
Tu yang kat kat tgh tu la Boss aku. mmg kuat makan, tp best...
Terima kasih semua

Thursday, July 08, 2010

Awning

08/07/2010

Renovate lagi
Layan je la, permintaan Isteri, ye la yang cantik rumah aku, so aku ikut je la...

Ops!!! hari tu dah kena kutuk dgn Pineh, asyik renovate je


Relex la Pineh, umah ko dah mmg cantik, rumah aku perlu diubahsuai.. tu pun tak dpt sama cantik rumah ko...


SELENGGARA AVANZA

07/07/2010

Hari ni hantar Avanza ke Pusat Selenggara...
pelik bunyinyakan.. org selalu sebut service centre...


Habis RM800 lebih
sbb major repair katanya. dah 82,000.00 km.
macam tu la


tak puas hati dgn Toyota Teluk Panglima, sbb masa service yg lepas, tak chop dlm buku, tak tukar label peringatan. Siap cakap absorber rosak la, bila minta Toyotsu ni check, dia kata x rosak pun. Tak taula yg mana betul.

Teratai oh teratai

03/07/2010

Ni aku ambik masa balik Sg Besar
Aku mmg suka layan je wife aku, dia kata nak singgah di Sekinchan ambik teratai tu
Aku gumbira bila tgk wife aku ceria...
Nak berikan hadiah hadiah lain yang mahal tak mampu...
Bila tgk isteri gembira, ceria... aku bahgia...
Semoga keluarga ku kekal dlm hidayah dan perlindungan Allah, mawaddah wa rahmah....
Doakan...

Wednesday, July 07, 2010

Surau Hj Fuat

Terletak di Jln Nenas, Meru
Best gak ahad tadi dgr jiran aku ceramah
Ustaz Azrul Hisham... jiran aku tu, dpt la aku syafaat sikit dr dia
tetiba pulak Pengerusi surau call aku
ada ka patut minta jd AJK, mujur takat jd tukang kebun...
AJK Kebersihan, boleh la....
Mesti abah bangga nih, anak dia dah jd org suarau wargh warghhhh...

PPAS - Perb Pustakaan Awam Selangor

hari ni sementara nak hantar Avanza service... relex dulu di PPAS ni
update blog sikit
tp maaf la tiada gambar
nanti kalau sempat saya masukkan gambar ye

25/06 - UiTM Puncak Alam la pulak

He he he
Mulai 25/06 tadi aku mula bertugas di BIMB, Pusat Perbankan Pengguna UiTM Puncak Alam.

Dari TM, ke UM, pastu ke UiTM, Puncak Alam...
Sekali dgr mcm lecturer la pulak aku ni
ye la dari U ke U aku berpindah....

Biasala 1st day, just setting br wp on schedule dah start operasi...
Terima kasih kpd semua pihak yang menyokong/ membantu untuk membolehkan CBC Puncak Alam beroperasi.

Tp sblm tu terima kasih x terhingga juga kpd Bos Bank Islam UM yg merelakan saya keluar dari UM, begitu juga kpd Pengurus Kawasan dan HQ yang mengizinkna saya berhijrah ke CBC Puncak Alam ni

Terima kasih

Wednesday, September 02, 2009

HOUSE KEEPING - Jodoh Kita Tak lama

Inilah gambar aku bawa kenari inspection di Puspakom Bangi
"Kunun kununnya" nak wat loan..dah wat loan guan 3 bukan tak sampai, terpaksa jual.... nasibbbbbbb


Mulanya aku nak kemaskini file PC aku nije, defrag dsb sbb PC dah makin slow. laptop lak dah jd mangsa Zarith main Conditon Zero, so aku ank tfer le game tu dari Laptop ke PC, nak tfr terus tak reti, guna Pendrive le dulu... tp fail jugakkk masa kemas kemas pendriver terjumpa gambar gambar ni.. meh la tgk... gambo sedih aku sbb Kenari tak jadi milik aku...

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari ini, aku kembali sekali lagi ke sekolah aku, SMKASAS, Bota sempena hari guru.. sbg menandakan penghargaan kami kepada guru guru.

Aku balik ke SMKASAS dengan Sdr Khuzairi... terima kasih Kuzek sbb banjer aku naik Perdana ko...

Kepulangan semula kami anak anak Arwah Ustaz Mohd Suhud Mohd Sayuti, juga sebagai sebahagian dari persiapan untuk sambutan genap 25 tahun SMKAP/SAS.

InsyAllah, 18/05/2009 ini DYMM Raja Muda Perak berkenan untuk mencemar duli... menziarahi sekolah yang diberikan nama sempena ayahanda baginda yang juga genap 25 thn memerintah negeri Perak....


Selain itu, kami juga menubuhkan Koperasi Alumni SMKASAS Berhad... entah camner aku terlantik sbg ALP, dan mcm biasa, org Bank.. kena la menguruskan wang sementara.... entahla... tp buat masa ni, belum ada la duit yg aku pegang sbb, Yuran pun masih ditgn AJK Pendaftaran...

My 1st step, cari borang utk buka akaun bank, aku tak berapa minat nak buka di BIMB bukan sbb aku tak sayang BIMB, tp aku mau elak fitnah...

masih kuingat pesan arwah Ust Suhod, murid SMKASAS inilah nanti yg akan mengisi BIMB, dan ini terbukti bila mmg ramai murid murid SMKASAS di BIMB, antaranya. Aku, Azmawi, Mustapha Kamal Ismail, Jamaliah Abu Hasan, Umarul Hisyam, Johari Jamaludin, Fadzlan Fahmi, Izwan Ramli dan ramai lagi junior junior yg aku tak tahu... mcm tu jugak di Takaful Malaysia, ramai lepasan SMKASAS ada di sana...

Sayangnya.. ustaz Suhod, tak sempat dimaklumkan bahawa, amanahnya dan impiannya telah terlaksana.... bahawa kami telah jadi orang spt kata katanya setiap kali perhimpunan mingguan...

Alfatihah untuk ustaz Suhod...

Sunday, April 19, 2009

Sweet Memories



Entah kenapa.. aku tak pasti kenapa aku kurang bersemangat utk kemaskini blog aku ni. Tahun 2008 sebenarnya byk mencatat sejarah dlm hidup aku.. Bermula dengan hadiah harijadi terbesar pernah aku terima.. Kemenangan PR mengusai 5 Negeri..




Ya mungkin siapalah aku untuk mengatakan itu hadiah untuk aku. tp bagi org² Sabak Bernam, sahabat sahabat usrah ABIM, bermula dari bekas YDP Tn HJ Jamali, Hj Muslimin, bekas SUA Saharudin Badarudin.. . Sdr Zahir Makhtar. Ust Jaafar, Haris, Roslan, Saiful. Dr Ghazali Basri, Yahya Sahri, Dr Badrul Amin pasti tahu bahawa aku wajib wujud dlm sejarah politik kecil kecilan kampungku..



Kemudian aku berpindah tempat kerja dari Putrajaya ke Menara TM, pindah rumah dari Putrajaya ke Meru, Klang.

Bermulalah episod aku pergi kerja naik motor jauh jauh, selalunya setakat kurang dari 15km dah sampai pejabat.... dan tercatat juga, aku jatuh motor dalam tahun ini, mujur setakat kecederaan kecil je, Aku jatuh motor dekat Tol Sg Rasah, masa tu hujan, aku terlebih brek masa dekat dgn bump tol tu.. Nasib baik sorang sorang je.. tak de org lain..

Kenari oh kenari


Bukan rezeki ku

kenari terpaksa dijual disebabkan oleh sesuatu yang tak diduga...Tragedi ni mula kuhidu bila aku mula booking rumah di meru lagi.. tp kuteruskan juga..

Tp apakan daya.. jodoh wife aku dgn kenari cuma seketika..
tak sempat dia guna nak berulang dari Meru ke Putrajaya,
demi kebaikan banyak pihak, kenari terpaksa bertukar dgn Wira..
sebabnya... tak pelah, biar jadi rahsia.. tp mmg perit utk dilalui
sedih setiap kali nampak kenari org lain
Kenari terpaksa dijual

Sunday, February 01, 2009

BAIKI DULU



Ok lepas kereta sah jadi milik aku, dgn akad RM15K tunaiiiiiiiiiiii...


Repair la kereta ni sbb pintu blkg ada satu tak boleh buka..

Wednesday, December 17, 2008

PERSIAPAN

Sepatutnya gambar ni aku post lebih awal ini adalah sebahagain dari persiapan sblm pindah ke BIMB Caw Menara TM Antaranya ialah beli kereta baru..(2nd hand je la) Jadi kenari Zul/Zura lah yg mampu dibeli Ni gambar kami di Stesyen Komuter Serdang, kami ke rumah Zul menaiki Komuter hingga ke Kuala Kubu Bharu







Ni pic budak cute. Aiman Zaim dlm komuter


Ni dah sampai Rawang nak tukar Komuter ke Kuala Kubu Bharu..


Akhirnya.. Kenari menjadi warga Putrajaya!!! Nilah imej pertama kenari parking di Putrajaya di belakang abangnya.. Avanza...


TERKENANG KENANG II


Ni gambar aku berbuka puasa di Hassan cafe, Cyberjaya.. Paling tepi (atas tgh cungkil gigi) tu Azam, yg posing ada jam tu Adnan, Baju hitam bercermin mata tu Sabri, Depan Sabri tu Norman.. masih bujang, baik budak ni....

Yg disebelah Norman tu ialah Tokey Restoran Hassan Cafe..
Hari ni dia belanja kami berbuka puasa di kedai dia, skrg ni aku dah pindah, tak de la chance makan free lagi............

Terima kasih mr Hassan, moga rezeki terus murah

Tuesday, December 16, 2008

TERKENANG KENANG











Ni saja je aku upload a few memories di Putrajaya, sempena bulan 12 ni. Musim hujan, byk pokok yang tumbang
Di Putrajaya juga byk pokok tumbang sbb pokok kat sini boleh katakan semua pokok "segera"

Ni semua kesan kesan ribu di sekitar Presint 11
Di tpt parking kereta aku ada pkok tumbang timpa kereta 3 buah katanya remuk...

Putrajaya Putrajaya....

Thursday, November 27, 2008

MENARA TM, Here I come

01 Julai 2008
Inilah pemandangan pertama dari Avanza aku menuju pejabat baru aku, BIMB Caw Menara TM.
Janji mesti dikota...
Mula mula ni pergi kerja naik kereta la, pastu naik moto, he he he...
Mana tahan beb, RM5.00 parking, Toll RM3.20, minyak lak tgh mahal ni RM2.70...seliter..
Tak kisahlah, moga sedikit jasa aku kat Jumi ni, kalau boleh dikira jasala.... dibalas Allah dengan sebaik baik balasan.
Jalan tak la jem sgt, kecuali bila polis buat bodoh je, bila ada perbicaraan kes DSAI, depa gatai buat roadblock, saja nak susahkan rakyat, konon nak bagi rakyat marah, tp DSAI menang jugak di Praya kecik Permatang Pauh.
Rakyat tak bodoh la....



Last Day in Putrajaya

Ni kira last day aku di BIMB Putrjaya la
so B4 aku balik, must make sure ATM/CDM tip top.
Itu dah rutin aku, mesti..

Biasanya ni la teman aku, brader Awang.. Ensom tu, ada yang nak kenal ke?


Lepas tu simpan la kunci ATM/CDM












then buat back up
bye bye Putrjaya. Sedih juga...

Sunday, August 31, 2008

PRU 12






My birthday present come early

Hari ni 08/03/2008
PRU ke 12 diadakan, aku biasalah, takat tolong sikit sikit Dr Badrul Amin berkempen di Sabak Bernam.



Aku mengundi dgn wife di Sg Besar,

Mmg la aku kecewa sbb Dr Badrul Amin tewas, tp Alhamdulillah Pakatan Rakyat, almost topple BN Govt.

Kemaskini

Kesian jugak aku pada korang sbb dah lama aku tak update blog aku ni
ok laq, sebab utama ialah aku tak sempat nak update setiap aktiviti aku
antaranya ialah wife aku pi Singapore dll. so boleh la semak blog wife aku sendiri di www.gebu73.blogspot.com

Monday, April 07, 2008

Berbuka di Tmn Warisan



Ini gambar kami berbuka di Tmn Warisan, Putrajaya
Mcm biasala, wife aku mesti tak kalah tang posing nih.. ala alam model gitu
Bertuah da bini cun mcm ni.....