Wednesday, April 22, 2020

Jiranku yang hebat

Kisah bermula dari seorang ayah yang anaknya kehabisan dakwat printer. Bertanya jiran jika tahu kedai komputer yang dibuka musim PKP Covid19.

Berkelanalah mereka mencari kedai. 

Berkat muafakat... ada di Puncak Alam...

Wednesday, April 15, 2020

Go by Bank Islam

Ketika musim PKP ini, perbankan mudah alih atau atas talian amat penting. Sudahkah anda memuat turun aplikasi Go by Bank Islam. Ayuh, jgn bertangguh... layari www.bankislam.biz dahulu, seterusnya muat turun GO by Bank Islam... di Google Play
#GObyBankIslam
#StayHomeStaySafe
#PKP3


PKP TAHAP 3




Satu perkongsian untuk catatan, betapa Allah memperlihatkan kebesaranNya. Semudah itu ia memperlahankan pergerakan kita yang sangat pantas. Hari ini kita kembali kepada kehidupan lalu, santai dan bersahaja tetapi siap siaga.







Tuesday, March 10, 2020

09 Mar 2020 - Black Out Sempena Kabinet Baru?

Hu huhu
Candle light sempena birthday aku
Sejak pukul 6.00 belalan letrik terputs di Saujana Utama ni

Atau mungkinkah kerana Kabinet baru yang diumumkan pukul 5.00 oleh PM?

Monday, March 09, 2020

Saturday, January 25, 2020

Penangan eWallet

Promo oleh TnG...
Melayang RM9.90 X 3
Makan makan Tahun Baru Cina...
Layan..

Thursday, January 23, 2020

Akhirnya...

Sekian lama menanti, Unifi kini "masuk" juga ke rumahku...
Byk yg nak kena pelajari ni

Ini Speedtest pertama..
Kita tengok je la

Tuesday, January 14, 2020

Kadap

Satu catatan setelah sekian lama tidak menjenguk ruang ini.
Selama ini kuabaikan krn sering gagal utk memuat naik gambar.
Namun hari ini kudapati kembali mudah...

Monday, January 13, 2020

CUTI 2019

Tahun 2019 ni tak pi jauh, CH je...
Masing masing sibuk sambung bljr, kononnya. Lepas ni exam...

Jalan Jalan Hujung Tahun

Menuhi kehendak anak. Sempena harijadi Aiman Zaim yang ke 15 dan PT3. Kami ke Cameron Highland.
CH, tentulah perihal teh dan strawberry serta jagung.Bunga kurang pulak atau aku terlepas pandang...

TAK BEST

ini adalah pilihan terakhir aku untuk hantar kereta. Entah kenapa, aku sering rasa mcm kualiti perkhidmatan mrk mcm "longgar". Tidak seperti bila ke Pusat Senggara yang lain,khususnya TOYUTSO Shah Alam

Majlis Walimah

12 Okt 2019
Walimah anakanda kpd sdr Nazri, mantan staf BIMB Klang.

Majlis ini juga mempertemukan semula kakitangan yang pernah bertugas di Caw Jln Taman, Klang.

Caw ini adalah cawang BANK ISLAM (M) BHD ke 6.

Maka panjang sejarahnya dan sangat istimewa di hati kami, walaupun secara hakikatnya saya tidak pernah bertugas sama ada di Jln Taiping, Jln Taman atau Wisma MAIS Jln Kapar.

Inilah faktor yang sangat istimewanya BIMB Klang kepada saya.

Tuesday, September 24, 2019

Monday, September 09, 2019

CUBAAN

The Douglas Street - No. 61,, Jalan Loke Yew, Taman Loke Yew - https://4sq.com/2ZBNVbk

Saturday, July 06, 2019

Bekas tentera bunuh isteri, sebelum tikam diri sendiri

http://www.astroawani.com/news/l/211717 ---- Shared via AstroAWANI News App ----

Bekas tentera bunuh isteri, sebelum tikam diri sendiri


Shuhada Abdul Kadir, Astro Awani |  Julai 03, 2019 16:08 +08

MELAKA: Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di Taman Seri Duyong, Fasa Dua, Melaka pagi tadi.

Mangsa Samnah Mohamed, 55 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena empat tikaman oleh suaminya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi tadi itu, suspek yang juga bekas tentera turut mengalami kecederaan di bahagian perut selepas bertindak menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan suami isteri tersebut sebelum lelaki berusia 56 tahun itu bertindak menikam mangsa.

Pergaduhan yang bermula di bahagian dapur rumah itu berlarutan sehingga ke garaj sebelum kejadian itu disedari anak lelaki mangsa berusia 25 tahun yang baru selesai mandi.

Ujar Afzanizar, wanita itu ditemui dengan empat kesan tikaman iaitu dua di bahagian hadapan dan dua di bahagian belakang dalam keadaan terlentang bersebelahan suaminya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kami dapati kejadian berlaku di rumah teres satu tingkat tiga bilik. Punca kejadian berlaku ekoran pergaduhan antara si suami pada lebih kurang jam 9.30 pagi.

“Pergaduhan itu membawa kepada perbuatan membunuh si isteri. Si suami juga telah menikam diri sendiri, ada dua kesan tikaman pada suspek lelaki,” ujar Afzanizar.

Sementara itu, seorang jiran yang tinggal bersebelahan rumah mangsa berkata, dia terdengar bunyi jeritan meminta tolong dari kediaman pasangan itu.

Mohd Nor Syazwan Norahim, 19 tahun, sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba terdengar suara wanita berkali-kali menjerit meminta tolong.

Dia yang bergegas keluar rumah mendapati mangsa sudah terlentang di dalam garaj kereta dengan keadaan pintu pagar terbuka luas, dipercayai mangsa cuba melarikan diri.

Mengulas lanjut, menurut Afzanizar, suspek yang mengalami kecederaan parah pada bahagian perut kini menerima rawatan di zon merah Hospital Melaka dan pihak polis merampas sebilah pisau berukuran 23 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Jelasnya, suspek juga mempunyai kad perubatan rawatan psikiatri, bagaimanapun pihaknya masih meneliti  bila rawatan terakhir diterima oleh suspek.

Selain itu, suspek juga mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa juga dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Tuesday, July 02, 2019

Ikhlas?

Tunaikan dgn ikhlas,
Tp kalau nak buat benda baik, mmg kena paksa moga lama lama Allah dorong jd istiqamah

Masanya

Apakah sudah tiba
Hakikat wajib diterima
Redha

Thursday, May 09, 2019

Kenapa tidak 20 tahun dahulu


Dilihat, merimaskan.
Dibiarkan, diabaikan.
Saat tibanya nanti...
Kalimah itu tetap kusemat

Tupai kadang kala alpa.


Ya, kenapa tidak 20 tahun lalu?