Tuesday, September 24, 2019

Monday, September 09, 2019

CUBAAN

The Douglas Street - No. 61,, Jalan Loke Yew, Taman Loke Yew - https://4sq.com/2ZBNVbk

Saturday, July 06, 2019

Bekas tentera bunuh isteri, sebelum tikam diri sendiri

http://www.astroawani.com/news/l/211717 ---- Shared via AstroAWANI News App ----

Bekas tentera bunuh isteri, sebelum tikam diri sendiri


Shuhada Abdul Kadir, Astro Awani |  Julai 03, 2019 16:08 +08

MELAKA: Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di Taman Seri Duyong, Fasa Dua, Melaka pagi tadi.

Mangsa Samnah Mohamed, 55 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena empat tikaman oleh suaminya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi tadi itu, suspek yang juga bekas tentera turut mengalami kecederaan di bahagian perut selepas bertindak menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan suami isteri tersebut sebelum lelaki berusia 56 tahun itu bertindak menikam mangsa.

Pergaduhan yang bermula di bahagian dapur rumah itu berlarutan sehingga ke garaj sebelum kejadian itu disedari anak lelaki mangsa berusia 25 tahun yang baru selesai mandi.

Ujar Afzanizar, wanita itu ditemui dengan empat kesan tikaman iaitu dua di bahagian hadapan dan dua di bahagian belakang dalam keadaan terlentang bersebelahan suaminya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kami dapati kejadian berlaku di rumah teres satu tingkat tiga bilik. Punca kejadian berlaku ekoran pergaduhan antara si suami pada lebih kurang jam 9.30 pagi.

“Pergaduhan itu membawa kepada perbuatan membunuh si isteri. Si suami juga telah menikam diri sendiri, ada dua kesan tikaman pada suspek lelaki,” ujar Afzanizar.

Sementara itu, seorang jiran yang tinggal bersebelahan rumah mangsa berkata, dia terdengar bunyi jeritan meminta tolong dari kediaman pasangan itu.

Mohd Nor Syazwan Norahim, 19 tahun, sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba terdengar suara wanita berkali-kali menjerit meminta tolong.

Dia yang bergegas keluar rumah mendapati mangsa sudah terlentang di dalam garaj kereta dengan keadaan pintu pagar terbuka luas, dipercayai mangsa cuba melarikan diri.

Mengulas lanjut, menurut Afzanizar, suspek yang mengalami kecederaan parah pada bahagian perut kini menerima rawatan di zon merah Hospital Melaka dan pihak polis merampas sebilah pisau berukuran 23 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Jelasnya, suspek juga mempunyai kad perubatan rawatan psikiatri, bagaimanapun pihaknya masih meneliti  bila rawatan terakhir diterima oleh suspek.

Selain itu, suspek juga mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa juga dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Tuesday, July 02, 2019

Ikhlas?

Tunaikan dgn ikhlas,
Tp kalau nak buat benda baik, mmg kena paksa moga lama lama Allah dorong jd istiqamah

Masanya

Apakah sudah tiba
Hakikat wajib diterima
Redha

Thursday, May 09, 2019

Kenapa tidak 20 tahun dahulu


Dilihat, merimaskan.
Dibiarkan, diabaikan.
Saat tibanya nanti...
Kalimah itu tetap kusemat

Tupai kadang kala alpa.


Ya, kenapa tidak 20 tahun lalu?

Sunday, May 05, 2019

Me Time

Mende yek
Satu ruang utk ....
Pelarian
Lesen utk berhibunasi

Tupai Mungkin Jatuh I

Dilihat, merimaskan.
Dibiarkan, diabaikan.
Saat tibanya nanti...
Kalimah itu tetap kusemat

Tupai kadang kala alpa.

Sunday, April 21, 2019

MENJELANG RAMADHAN

Terjumpa gambar ini,
Kenangan jamuan makan oleh pelanggan. 
Terima kasih kepada penganjur.
sedar tak sedar, ramadhan kembali lagi... setahun hampir telah berlalu... dan kita ditemukan kembali dengan ramadhan. Cuma kini berbeza kerana aku kali ini sendiri di ceruk.
Itulah suratan kehidupan.
Tidak mengapa kerana aku sentiasa begitu. 
Sendirian aku berusaha menghidupkan gerakan yang berjaya mengubah landskap politik Sabak Bernam.


Tuesday, February 05, 2019

KUALA SELANGOR

Tempat pertama aku bersiar siar dengan isteriku.

Kedai Pasu Kota Perak tempat pertama dituju, kemudian ke Taman Alam. Apa khabar Taman Alam kini ye....

Itulah kali pertama ke sana. Tak lupa juga aku ke Bukit Melawati, bukit yang bersejarah dan kaya dengan berbagai cerita.

Sejak kecil aku mendengar cerita tentang bukit ini, tentang istana yang kononnya akan menutup pintu dan tingkap sendiri menjelang senja. Kubur anak dara juga ada kisah tersendiri. Tak lupa juga batu hampar dan tasik yang ada di situ.

Penuh cerita....


Tapi yang paling menarik, aku salah waktu untuk menjadi pemerhati Mesyuarat Penubuhan keADILan Kuala Selangor / Tanjung Karang.

Mesyuarat sepatutnya petang, tapi aku datang pagi, terpaksalah Tn Hj Yahya Sahri sewakan bilik di Rumah Persinggahan yang ada di situ sementara menunggu petang.


Mungkin Hj Yahya sudah lupa kisah aku dan arwah cikgu Aziz ini.

Tuesday, January 22, 2019

16 Mac 2017





Alhamdulillah, keputusan SPM MRSM Feldajaya Trolak Feldajaya Trolak telah diumumkan. Syukur keputusan anakku juga melayakkan dia menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.
Zarith, teruskan usaha....

MONUMEN MERPATI PERDAMAIAN


Salah satu tempat yang agk menarik juga di Padang, Indonesia

 
Monumen Merpati Perdamaian (Peace Dove Monument) adalah sebuah monumen yang diresmikan oleh Presiden Joko Widodo pada tanggal 12 April 2016 [1] di Taman Muaro LasakPadangSumatera Barat. Peresmian monumen ini merupakan bagian dari latihan maritim berbagai negara yang digagas TNI Angkatan Laut yang lebih populer disebut Multilateral Naval Exercise Komodo 2016.[

NASI KUKUS BOSS (NKB)

Jom cuba makan di sini, sedap dan memang berbaloi di sini
Harga berpatutan dan layanan juga amat memuaskan. Suasana pun santai dan selesa




Monday, January 21, 2019

Ke udara, ke langit, ke bumi?

Jom menyelam, menikmati keindahan alam Ilahi,
Ke udara sudah, 
ke laut ku selam..
Kebumi jelah yg belum.
Mohon doa semua, moga bila sampai saat itu, aku telah bersedia.
Moga nanti ada kenangan indah tentang aku.


Terima kasih kepada Team Bank Islam Divers yang memberi peluang dan jalan untuk aku menikmati ciptaanNya,,,,,

Dormant Reactivation

Terlalu lama akaun ini tidak diziarahi
Agak sibuk setahun dua ini
Pelbagai denai dan lurah dilalui, penuh onak dan keluk menguji.
Tempuh jua