Tempat pertama aku bersiar siar dengan isteriku.
Kedai Pasu Kota Perak tempat pertama dituju, kemudian ke Taman Alam. Apa khabar Taman Alam kini ye....
Itulah kali pertama ke sana. Tak lupa juga aku ke Bukit Melawati, bukit yang bersejarah dan kaya dengan berbagai cerita.
Sejak kecil aku mendengar cerita tentang bukit ini, tentang istana yang kononnya akan menutup pintu dan tingkap sendiri menjelang senja. Kubur anak dara juga ada kisah tersendiri. Tak lupa juga batu hampar dan tasik yang ada di situ.
Penuh cerita....
Tapi yang paling menarik, aku salah waktu untuk menjadi pemerhati Mesyuarat Penubuhan keADILan Kuala Selangor / Tanjung Karang.
Mesyuarat sepatutnya petang, tapi aku datang pagi, terpaksalah Tn Hj Yahya Sahri sewakan bilik di Rumah Persinggahan yang ada di situ sementara menunggu petang.
Mungkin Hj Yahya sudah lupa kisah aku dan arwah cikgu Aziz ini.
No comments:
Post a Comment