Terima kasih Ain Zahrah sbb belikan mummy hadiah...
Monday, November 02, 2020
Friday, September 04, 2020
Rezeki Gangguan Bekalan Air
Berpusing satu Saujana ni, kedai makan penuh.
Semua sebab orang ramai tak mau masak.
Pilihan terakhir aku, cari burger...
Tapi banyak yang tutup sebab tak de air...
Bertimbun roti disediakan sbb tempahan dah beratur.
Tuesday, August 25, 2020
Sunday, July 05, 2020
MyVi
Mujur....
Niat di hati melayani permintaan buah hati...
Tinjau tinjau peralatan bilik mandi di Setia Alam.
Kebetulan atas ketentuanNya, aku tunjukkan isteri kedai kalau nak beli alat ganti kereta sebab rangkap untuk bateri kereta tercabut.
Tiba di lampu isyarat Jln Haji Manan, terasa terlanggar dawai...
Mujur jiranku memang AAA....
hubungi je, terus datang bantu..bawa makenik..siap..
Terima kasih en Azizi dan semua jiranku yang sentiasa prihatin
Wednesday, May 20, 2020
SELangkah
Kecewa betul aku, minggu lepas balik kampung. Nak masuk pasar beratur panjang sebab kena tulis nama nak masuk. Bila orang ramai marah, terus lepas masuk macam tu. Tapi dalam siaran akhbar kata Majlis Daerah Sabak Bernam wajibkan semua peniaga gunakan aplikasi SELangkah. Entahlah, siapa yang bercakap benar di sini sebab yang ambil nama di pasar hari tu pun kakitangan MDSB sendiri.
Hari ini, aku ke Kuala Selangor, Ada urusan dengan peguam, diminta juga tulis nama secara manual. Sedih betul aku... Apa masalah korang ye nak patuh arahan kerajaan ? Pejabat peguam kut, masih ketinggalan, masih tak tahu PDPA?
Mohon kepada semua Majlis Daerah di Selangor, atau PBT bertindaklah segera dan tanpa pilih pilih.
Kepada rakyat, benda senang je ni.. ikut je la.. Malah MDKS kata boleh buat untuk kediaman..
Apa lagi jom buat untuk rumah kita demi kebaikan..
Hari ini, aku ke Kuala Selangor, Ada urusan dengan peguam, diminta juga tulis nama secara manual. Sedih betul aku... Apa masalah korang ye nak patuh arahan kerajaan ? Pejabat peguam kut, masih ketinggalan, masih tak tahu PDPA?
Mohon kepada semua Majlis Daerah di Selangor, atau PBT bertindaklah segera dan tanpa pilih pilih.
Kepada rakyat, benda senang je ni.. ikut je la.. Malah MDKS kata boleh buat untuk kediaman..
Apa lagi jom buat untuk rumah kita demi kebaikan..
Saturday, May 16, 2020
Thursday, May 14, 2020
LAJUKAH POSLAJU?
Dari Banting 05 Mei 2020, masih belum diterima?
Apa masalah team Pos Laju ni?
Detail result for Tracking number: ERB854694568MY
*Date/Time shown based on local time when your items was scanned |
*Date / Time | Process | Office |
---|---|---|
11 May 2020, 08:33:00 AM | Arrive at delivery facility at | Caw. Serahan Kapar |
09 May 2020, 05:08:13 AM | Arrive at delivery facility at | Pos Laju Klang |
06 May 2020, 09:00:56 AM | Arrive at delivery facility at | Pos Laju Klang |
05 May 2020, 05:46:49 PM | Consignment dispatch out from Transit Office | Pos Laju Transit Office (KLIA Hub) |
05 May 2020, 05:43:49 PM | Item processed. | Pos Laju Transit Office (KLIA Hub) |
04 May 2020, 11:10:23 PM | Item dispatched out | Pos Laju Banting |
04 May 2020, 04:06:17 PM | Item picked up | Pos Laju Banting |
Tuesday, May 12, 2020
Monday, May 11, 2020
Faraid jangan tak faraid
Disalin dari
Baru dua bulan memerintah Perikatan Nasional sudah mula meng'faraid' kan "harta rampasan".
Di senaraikan 29 MP/Politician yang telah dilantik sebagai Pengerusi GLC/GOC/Agensi Kerajaan untuk pengetahuan am kita semua:
1. MP Jelebu/Umno - Dato Jalaluddin Alias - Pengerusi UDA Holding
2. MP Gerik/Umno- Dato Hasbullah Osman - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. MP Cameron Highlands/Umno - Dato Ramli - Pengerusi Amanah Raya Berhad
4. MP Padang Terap/Umno - Dato Seri Mahdzir Khalid - Pengerusi TNB
5. MP Pasir Salak/Umno - Dato Sri Tajudin Abd Rahman - Pengerusi Prasarana
6. Dato Seri MAH HANG SOON - MCA kalah dlm PRU14 (Parlimen Tanjung Malim)Timbalan Menteri Pendidikan.
7. DATUKCHONG SIN WOON - MCA kalah dlm PRU14 (Parlimen Seremban) - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.
8. DATO TAN TEIK CHENG - kalah dlm PRU14 (DUN Machang Bubok) - Pengerusi Pelabuhan Penang.
9. DATUK KOH CHIN HAN - Bekas Calun MCA (DUN Bemban) - Pengerusi Pelabuhan Melaka.
10. MP Betong/PPB - Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.
11. MP Beaufort/Umno/Bersatu - Datuk Azizah Mohd Dun - Pengerusi MARA
12. MP Bachok/PAS - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Pengerusi Kesedar
13. MP Jempol/Umno - DATO' HAJI SALIM SHARIF - Pengerusi RISDA
14. Adun Permas/Bersatu - Che Zakaria Mohd Salleh - Pengerusi Kejora.
15. Ahli Dewan Negara - Razali Idris - Pengerusi Ketengah.
16. MP Bukit Gantang/Umno/Bebas - Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - Pengerusi LKIM.
17. MP Machang/Umno - Datuk Ahmad Jazlan Yaakub - Pengerusi MPOB
18. MP Pasir Putih/PAS - YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
19. MP Jerantut/Umno - Dato' Hj Ahmad Nazlan Idris - Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
20. Calon Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 - Datuk Seri Khaled Nordin - Pengerusi Boustead Holding Berhad.
21. MP Pasir Mas/PAS - YB Ahmad Fadhli Shaari - Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
22. MP Sibuti/PBB - YB Lukanisman Awang Sauni - Pengerusi SEDA
23. MP Kimanis/Umno - Datuk Mohamad Alamin - Pengerusi MyIPO
24. MP Tanjung Manis/GPS - Datuk Yusuf Abdul Wahab - Pengerusi CIDB
25. MP Dungun/PAS - Wan Hassan Mohd Ramli - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
26. MP Sabak Bernam/Bersatu - Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh - Pengerusi FAMA.
27. Bekas KP MIC - Datuk Nelson Renganathan - Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).
28. MP Setiu/PAS - YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir - Pengerusi TEKUN
29. MP Hulu Rajang/GPS - Datuk Wilson Ugak Kumbong - Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)
Akan menyusul antaranya Pengerusi TH, Felda, FGV, Felcra, Bernas, TM, Perkeso, LTAT, Bank Rakyat, KADA, PNS, PUNB, MIDA, HDC, TERAJU, SC, KWAP, YAPIEM, YADIM, FINAS, MAHB dan banyak lagi...
Sunday, May 10, 2020
Hari Keluarga Bank Islam Kinrara
21 JUNE 2017 - AQIF
Akhirnya.. adalah juga sijil aku.. Laku atau tidak, belum pasti. aku cuma cuba dan berusaha belajar. Menunaikan amanah... Pasti ia berguna di satu masa nanti.
Cumanya sehingga kini belum ada sebarang majlis keraian. Namun terima kasih juga kepada majikan ku Bank Islam kerana memberikan sedikit anugerah kewangan sebagai habuan sekali. Jadilah.. bersyukur...
Friday, May 08, 2020
BALING BELAKANG - RUMAH BUYA HAMKA
Mengimbas semula, dah lama tak upload video dlm blog jadi aku cuba lah upload video ni
Video ni aku rakam ketika ziarah rumah Buya Hamka di Padang, Indonesia.
Satu perjalanan yang menarik yang sempat aku rakam ketika singgah untuk solat asar. Tasik ni tasik Maninjau namanya, kalau tak salah aku la. Dah lupa...
Anak bujang simanjaku, cukup bergaya
Monday, May 04, 2020
25 April 2020- KAU PERGI JUA - KECHIK
Kucing kesayangan keluarga kami, Namanya Kechik, walapun dia dah besar. Kucing ni dah tingal bersama kami sejak 2009 kalau tak silap aku.
Tiada kalimah yang boleh diungkap, memang ia bukan manusia, tetapi interaksinya dengan kami sekeluarga sangat menghiburkan. Memberi ketenangan dan menceriakan suasana. Gaya machonya juga menjadikan ia mendapat tempat di hati seluruh penduduk Taman Meru Impian ini.
Maka pemergiannya memang suatu yang sangat dirasai,
Beberapa malam sebelum tu dia balik ke rumah dengan mulut yang berlumuran darah. Zarith yang berpengalaman kerja di Klinik Veterina cuba memberikan rawatan awal dan pendarahan dapat diberhentikan, Esok siangnya ia di bawa ke klinik tempat Zarith pernah bertugas dan petugas di sana mengatakan ianya hanya patah gigi.
Keesokannya ada sedikit perkembangan positifm tetapi Kechik masih tak mahu makan. Zarith bawa ia ke klink semula dan dicadangkan rujuk ke klinik lain. Di klinik kedua inilah Kechik menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doktor Haiwan mengatakan ini akibat patah rahang kesan perlanggaran.
Timbang Berat
Sempena bulan puasa ni, nak juga tahu, berapa kilo dah turun. Kisahnya gitu. Bermula dari isu meredah air bertakung, pelindung lumpur kereta belah tayar kiri dah tertanggal. Minta tolong kedai pasangkan cable tight mcm tu je dia tak nak. Memang berkiralah dia kan, Jadi aku buat la allignment. Baru dia nak buatkan. Lepas tu dia syorkan aku buat balancing pulak.... ok la , aku layan... Tak sempat aku tengok dia kata kena adjust.. lepas dia ketuk sana. skru sini, dia kata dah ok, aku tengok sama je. Aku komplen la, aku cakap sblm pun ada 20% lari. lepas "baiki" pun sama, lepas tu ko kata skru dah habis adjust. Maka, maafla, kalau tak de perubahan. Aku tak bayarla...
So hati hati dengan Meru Tayar tu ye kawan kawan
So hati hati dengan Meru Tayar tu ye kawan kawan
Wednesday, April 22, 2020
Jiranku yang hebat
Kisah bermula dari seorang ayah yang anaknya kehabisan dakwat printer. Bertanya jiran jika tahu kedai komputer yang dibuka musim PKP Covid19.
Berkelanalah mereka mencari kedai.
Wednesday, April 15, 2020
Go by Bank Islam
Ketika musim PKP ini, perbankan mudah alih atau atas talian amat penting. Sudahkah anda memuat turun aplikasi Go by Bank Islam. Ayuh, jgn bertangguh... layari www.bankislam.biz dahulu, seterusnya muat turun GO by Bank Islam... di Google Play
PKP TAHAP 3
Satu perkongsian untuk catatan, betapa Allah memperlihatkan kebesaranNya. Semudah itu ia memperlahankan pergerakan kita yang sangat pantas. Hari ini kita kembali kepada kehidupan lalu, santai dan bersahaja tetapi siap siaga.
Sunday, March 22, 2020
Tuesday, March 10, 2020
09 Mar 2020 - Black Out Sempena Kabinet Baru?
Hu huhu
Candle light sempena birthday aku
Atau mungkinkah kerana Kabinet baru yang diumumkan pukul 5.00 oleh PM?
Monday, March 09, 2020
Sunday, March 01, 2020
Saturday, January 25, 2020
Thursday, January 23, 2020
Akhirnya...
Sekian lama menanti, Unifi kini "masuk" juga ke rumahku...
Byk yg nak kena pelajari ni
Ini Speedtest pertama..
Tuesday, January 14, 2020
Kadap
Satu catatan setelah sekian lama tidak menjenguk ruang ini.
Selama ini kuabaikan krn sering gagal utk memuat naik gambar.
Namun hari ini kudapati kembali mudah...
Subscribe to:
Posts (Atom)