Monday, May 04, 2020

25 April 2020- KAU PERGI JUA - KECHIK



Kucing kesayangan keluarga kami, Namanya Kechik, walapun dia dah besar. Kucing ni dah tingal bersama kami sejak 2009 kalau tak silap aku.

Tiada kalimah yang boleh diungkap, memang ia bukan manusia, tetapi interaksinya dengan kami sekeluarga sangat menghiburkan. Memberi ketenangan dan menceriakan suasana. Gaya machonya juga menjadikan ia mendapat tempat di hati seluruh penduduk Taman Meru Impian ini.
Maka pemergiannya memang suatu yang sangat dirasai,




Beberapa malam sebelum tu dia balik ke rumah dengan mulut yang berlumuran darah. Zarith yang berpengalaman kerja di Klinik Veterina cuba memberikan rawatan awal dan pendarahan dapat diberhentikan, Esok siangnya ia di bawa ke klinik tempat Zarith pernah bertugas dan petugas di sana mengatakan ianya hanya patah gigi.

Keesokannya ada sedikit perkembangan positifm tetapi Kechik masih tak mahu makan. Zarith bawa ia ke klink semula dan dicadangkan rujuk ke klinik lain. Di klinik kedua inilah Kechik menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doktor Haiwan mengatakan ini akibat patah rahang kesan perlanggaran.




No comments: