Wednesday, September 02, 2009

HOUSE KEEPING - Jodoh Kita Tak lama

Inilah gambar aku bawa kenari inspection di Puspakom Bangi
"Kunun kununnya" nak wat loan..dah wat loan guan 3 bukan tak sampai, terpaksa jual.... nasibbbbbbb


Mulanya aku nak kemaskini file PC aku nije, defrag dsb sbb PC dah makin slow. laptop lak dah jd mangsa Zarith main Conditon Zero, so aku ank tfer le game tu dari Laptop ke PC, nak tfr terus tak reti, guna Pendrive le dulu... tp fail jugakkk masa kemas kemas pendriver terjumpa gambar gambar ni.. meh la tgk... gambo sedih aku sbb Kenari tak jadi milik aku...

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari ini, aku kembali sekali lagi ke sekolah aku, SMKASAS, Bota sempena hari guru.. sbg menandakan penghargaan kami kepada guru guru.

Aku balik ke SMKASAS dengan Sdr Khuzairi... terima kasih Kuzek sbb banjer aku naik Perdana ko...

Kepulangan semula kami anak anak Arwah Ustaz Mohd Suhud Mohd Sayuti, juga sebagai sebahagian dari persiapan untuk sambutan genap 25 tahun SMKAP/SAS.

InsyAllah, 18/05/2009 ini DYMM Raja Muda Perak berkenan untuk mencemar duli... menziarahi sekolah yang diberikan nama sempena ayahanda baginda yang juga genap 25 thn memerintah negeri Perak....


Selain itu, kami juga menubuhkan Koperasi Alumni SMKASAS Berhad... entah camner aku terlantik sbg ALP, dan mcm biasa, org Bank.. kena la menguruskan wang sementara.... entahla... tp buat masa ni, belum ada la duit yg aku pegang sbb, Yuran pun masih ditgn AJK Pendaftaran...

My 1st step, cari borang utk buka akaun bank, aku tak berapa minat nak buka di BIMB bukan sbb aku tak sayang BIMB, tp aku mau elak fitnah...

masih kuingat pesan arwah Ust Suhod, murid SMKASAS inilah nanti yg akan mengisi BIMB, dan ini terbukti bila mmg ramai murid murid SMKASAS di BIMB, antaranya. Aku, Azmawi, Mustapha Kamal Ismail, Jamaliah Abu Hasan, Umarul Hisyam, Johari Jamaludin, Fadzlan Fahmi, Izwan Ramli dan ramai lagi junior junior yg aku tak tahu... mcm tu jugak di Takaful Malaysia, ramai lepasan SMKASAS ada di sana...

Sayangnya.. ustaz Suhod, tak sempat dimaklumkan bahawa, amanahnya dan impiannya telah terlaksana.... bahawa kami telah jadi orang spt kata katanya setiap kali perhimpunan mingguan...

Alfatihah untuk ustaz Suhod...

Sunday, April 19, 2009

Sweet Memories



Entah kenapa.. aku tak pasti kenapa aku kurang bersemangat utk kemaskini blog aku ni. Tahun 2008 sebenarnya byk mencatat sejarah dlm hidup aku.. Bermula dengan hadiah harijadi terbesar pernah aku terima.. Kemenangan PR mengusai 5 Negeri..




Ya mungkin siapalah aku untuk mengatakan itu hadiah untuk aku. tp bagi org² Sabak Bernam, sahabat sahabat usrah ABIM, bermula dari bekas YDP Tn HJ Jamali, Hj Muslimin, bekas SUA Saharudin Badarudin.. . Sdr Zahir Makhtar. Ust Jaafar, Haris, Roslan, Saiful. Dr Ghazali Basri, Yahya Sahri, Dr Badrul Amin pasti tahu bahawa aku wajib wujud dlm sejarah politik kecil kecilan kampungku..



Kemudian aku berpindah tempat kerja dari Putrajaya ke Menara TM, pindah rumah dari Putrajaya ke Meru, Klang.

Bermulalah episod aku pergi kerja naik motor jauh jauh, selalunya setakat kurang dari 15km dah sampai pejabat.... dan tercatat juga, aku jatuh motor dalam tahun ini, mujur setakat kecederaan kecil je, Aku jatuh motor dekat Tol Sg Rasah, masa tu hujan, aku terlebih brek masa dekat dgn bump tol tu.. Nasib baik sorang sorang je.. tak de org lain..

Kenari oh kenari


Bukan rezeki ku

kenari terpaksa dijual disebabkan oleh sesuatu yang tak diduga...Tragedi ni mula kuhidu bila aku mula booking rumah di meru lagi.. tp kuteruskan juga..

Tp apakan daya.. jodoh wife aku dgn kenari cuma seketika..
tak sempat dia guna nak berulang dari Meru ke Putrajaya,
demi kebaikan banyak pihak, kenari terpaksa bertukar dgn Wira..
sebabnya... tak pelah, biar jadi rahsia.. tp mmg perit utk dilalui
sedih setiap kali nampak kenari org lain
Kenari terpaksa dijual

Sunday, February 01, 2009

BAIKI DULU



Ok lepas kereta sah jadi milik aku, dgn akad RM15K tunaiiiiiiiiiiii...


Repair la kereta ni sbb pintu blkg ada satu tak boleh buka..