Monday, November 02, 2020

Friday, September 04, 2020

Rezeki Gangguan Bekalan Air

Berpusing satu Saujana ni, kedai makan penuh.
Semua sebab orang ramai tak mau masak.
Pilihan terakhir aku, cari burger...
Tapi banyak yang tutup sebab tak de air...
Tapi bagi yang buka... nahhh korang tengok dlm gambar ni la
Bertimbun roti disediakan sbb tempahan dah beratur.

Tuesday, August 25, 2020

HELMET UNTUK ZAIM

Yang mana pilihanmu oh anak?
Nak belikan yang murah, tak sampai hati
Belikan yang mahal, khuatir hilang

Sunday, July 05, 2020

MyVi

Mujur....
Niat di hati melayani permintaan buah hati...
Tinjau tinjau peralatan bilik mandi di Setia Alam.
Kebetulan atas ketentuanNya, aku tunjukkan  isteri kedai kalau nak beli alat ganti kereta sebab rangkap untuk bateri kereta tercabut.
Tiba di lampu isyarat Jln Haji Manan, terasa terlanggar dawai...
Tiba tiba stereng kereta jadi berat dan.  Bila berhenti... nah kau...
Mujur jiranku memang AAA....
hubungi je, terus datang bantu..bawa makenik..siap..

Terima kasih en Azizi dan semua jiranku yang sentiasa prihatin

Wednesday, May 20, 2020

SELangkah

Kecewa betul aku, minggu lepas balik kampung. Nak masuk pasar beratur panjang sebab kena tulis nama nak masuk. Bila orang ramai marah, terus lepas masuk macam tu. Tapi dalam siaran akhbar kata Majlis Daerah Sabak Bernam wajibkan semua peniaga gunakan aplikasi SELangkah. Entahlah, siapa yang bercakap benar di sini sebab yang ambil nama di pasar hari tu pun kakitangan MDSB sendiri.

Hari ini, aku ke Kuala Selangor, Ada urusan dengan peguam, diminta juga tulis nama secara manual. Sedih betul aku... Apa masalah korang ye nak patuh arahan kerajaan ? Pejabat peguam kut, masih ketinggalan, masih tak tahu PDPA?

Mohon kepada semua Majlis Daerah di Selangor, atau PBT bertindaklah segera dan tanpa pilih pilih.

Kepada rakyat, benda senang je ni.. ikut je la.. Malah MDKS kata boleh buat untuk kediaman..

Apa lagi jom buat untuk rumah kita demi kebaikan..



Thursday, May 14, 2020

LAJUKAH POSLAJU?


Dari Banting 05 Mei 2020, masih belum diterima?
Apa masalah team Pos Laju ni?


Detail result for Tracking number: ERB854694568MY
*Date/Time shown based on local time when your items was scanned
*Date / TimeProcessOffice
11 May 2020, 08:33:00 AMArrive at delivery facility atCaw. Serahan Kapar
09 May 2020, 05:08:13 AMArrive at delivery facility atPos Laju Klang
06 May 2020, 09:00:56 AMArrive at delivery facility atPos Laju Klang
05 May 2020, 05:46:49 PMConsignment dispatch out from Transit OfficePos Laju Transit Office (KLIA Hub)
05 May 2020, 05:43:49 PMItem processed.Pos Laju Transit Office (KLIA Hub)
04 May 2020, 11:10:23 PMItem dispatched outPos Laju Banting
04 May 2020, 04:06:17 PMItem picked upPos Laju Banting

Tuesday, May 12, 2020

Monday, May 11, 2020

SAMBUNG LAGI

Faraid jangan tak faraid

Disalin dari
Baru dua bulan memerintah Perikatan Nasional sudah mula meng'faraid' kan "harta rampasan".

Di senaraikan 29 MP/Politician yang telah dilantik sebagai Pengerusi GLC/GOC/Agensi Kerajaan untuk pengetahuan am kita semua:

1. MP Jelebu/Umno - Dato Jalaluddin Alias - Pengerusi UDA Holding

2. MP Gerik/Umno- Dato Hasbullah Osman - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad

3. MP Cameron Highlands/Umno - Dato Ramli - Pengerusi Amanah Raya Berhad

4. MP Padang Terap/Umno - Dato Seri Mahdzir Khalid - Pengerusi TNB

5. MP Pasir Salak/Umno - Dato Sri Tajudin Abd Rahman - Pengerusi Prasarana

6. Dato Seri MAH HANG SOON - MCA kalah dlm PRU14 (Parlimen Tanjung Malim)Timbalan Menteri Pendidikan.

7. DATUKCHONG SIN WOON - MCA kalah dlm PRU14 (Parlimen Seremban) - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.

8. DATO TAN TEIK CHENG - kalah dlm PRU14 (DUN Machang Bubok) - Pengerusi Pelabuhan Penang.

9. DATUK KOH CHIN HAN - Bekas Calun MCA (DUN Bemban) - Pengerusi Pelabuhan Melaka.

10. MP Betong/PPB - Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.

11. MP Beaufort/Umno/Bersatu - Datuk Azizah Mohd Dun - Pengerusi MARA

12. MP Bachok/PAS - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Pengerusi Kesedar

13. MP Jempol/Umno - DATO' HAJI SALIM SHARIF - Pengerusi RISDA

14. Adun Permas/Bersatu - Che Zakaria Mohd Salleh - Pengerusi Kejora.

15. Ahli Dewan Negara - Razali Idris - Pengerusi Ketengah.

16. MP Bukit Gantang/Umno/Bebas - Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - Pengerusi LKIM.

17. MP Machang/Umno - Datuk Ahmad Jazlan Yaakub - Pengerusi MPOB

18. MP Pasir Putih/PAS - YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.

19. MP Jerantut/Umno - Dato' Hj Ahmad Nazlan Idris - Pengerusi Lembaga Getah Malaysia

20. Calon Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 - Datuk Seri Khaled Nordin - Pengerusi Boustead Holding Berhad.

21. MP Pasir Mas/PAS - YB Ahmad Fadhli Shaari - Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

22. MP Sibuti/PBB - YB Lukanisman Awang Sauni - Pengerusi SEDA

23. MP Kimanis/Umno - Datuk Mohamad Alamin - Pengerusi MyIPO

24. MP Tanjung Manis/GPS - Datuk Yusuf Abdul Wahab - Pengerusi CIDB

25. MP Dungun/PAS - Wan Hassan Mohd Ramli - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

26. MP Sabak Bernam/Bersatu - Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh - Pengerusi FAMA.

27. Bekas KP MIC - Datuk Nelson Renganathan - Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

28. MP Setiu/PAS - YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir - Pengerusi TEKUN

29. MP Hulu Rajang/GPS - Datuk Wilson Ugak Kumbong - Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh) 

Akan menyusul antaranya Pengerusi TH, Felda, FGV, Felcra, Bernas, TM, Perkeso, LTAT, Bank Rakyat, KADA, PNS, PUNB, MIDA, HDC, TERAJU, SC, KWAP, YAPIEM, YADIM, FINAS, MAHB dan banyak lagi...

Sunday, May 10, 2020

Hari Keluarga Bank Islam Kinrara



Inilah keluarga Bos aku, juag kawanku.. Banyak sejarah yang kami tempuh bersama sebagai rakan sekerja...

Ini orang kuar menjayakan acara, Terima kasih Tn Hasnul. Mmg terbaik

















21 JUNE 2017 - AQIF



Akhirnya.. adalah juga sijil aku.. Laku atau tidak, belum pasti. aku cuma cuba dan berusaha belajar. Menunaikan amanah... Pasti ia berguna di satu masa nanti.
Cumanya sehingga kini belum ada sebarang majlis keraian. Namun terima kasih juga kepada majikan ku Bank Islam kerana memberikan sedikit anugerah kewangan sebagai habuan sekali. Jadilah.. bersyukur...


Friday, May 08, 2020

BALING BELAKANG - RUMAH BUYA HAMKA


Mengimbas semula, dah lama tak upload video dlm blog jadi aku cuba lah upload video ni
Video ni aku rakam ketika ziarah rumah Buya Hamka di Padang, Indonesia.
Satu perjalanan yang menarik yang sempat aku rakam ketika singgah untuk solat asar. Tasik ni tasik Maninjau namanya, kalau tak salah aku la. Dah lupa...


 Anak bujang simanjaku, cukup bergaya


 


Monday, May 04, 2020

25 April 2020- KAU PERGI JUA - KECHIK



Kucing kesayangan keluarga kami, Namanya Kechik, walapun dia dah besar. Kucing ni dah tingal bersama kami sejak 2009 kalau tak silap aku.

Tiada kalimah yang boleh diungkap, memang ia bukan manusia, tetapi interaksinya dengan kami sekeluarga sangat menghiburkan. Memberi ketenangan dan menceriakan suasana. Gaya machonya juga menjadikan ia mendapat tempat di hati seluruh penduduk Taman Meru Impian ini.
Maka pemergiannya memang suatu yang sangat dirasai,




Beberapa malam sebelum tu dia balik ke rumah dengan mulut yang berlumuran darah. Zarith yang berpengalaman kerja di Klinik Veterina cuba memberikan rawatan awal dan pendarahan dapat diberhentikan, Esok siangnya ia di bawa ke klinik tempat Zarith pernah bertugas dan petugas di sana mengatakan ianya hanya patah gigi.

Keesokannya ada sedikit perkembangan positifm tetapi Kechik masih tak mahu makan. Zarith bawa ia ke klink semula dan dicadangkan rujuk ke klinik lain. Di klinik kedua inilah Kechik menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doktor Haiwan mengatakan ini akibat patah rahang kesan perlanggaran.




Timbang Berat

Sempena bulan puasa ni, nak juga tahu, berapa kilo dah turun. Kisahnya gitu. Bermula dari isu meredah air bertakung, pelindung lumpur kereta belah tayar kiri dah tertanggal. Minta tolong kedai pasangkan cable tight mcm tu je dia tak nak. Memang berkiralah dia kan, Jadi aku buat la  allignment. Baru dia nak buatkan. Lepas tu dia syorkan aku buat balancing pulak.... ok la , aku layan... Tak sempat aku tengok dia kata kena adjust.. lepas dia ketuk sana. skru sini, dia kata dah ok, aku tengok sama je. Aku komplen la, aku cakap sblm pun ada 20% lari. lepas "baiki" pun sama, lepas tu ko kata skru dah habis adjust. Maka, maafla, kalau tak de perubahan. Aku tak bayarla...
So hati hati dengan Meru Tayar tu ye kawan kawan

Wednesday, April 22, 2020

Jiranku yang hebat

Kisah bermula dari seorang ayah yang anaknya kehabisan dakwat printer. Bertanya jiran jika tahu kedai komputer yang dibuka musim PKP Covid19.

Berkelanalah mereka mencari kedai. 

Berkat muafakat... ada di Puncak Alam...

Wednesday, April 15, 2020

Go by Bank Islam

Ketika musim PKP ini, perbankan mudah alih atau atas talian amat penting. Sudahkah anda memuat turun aplikasi Go by Bank Islam. Ayuh, jgn bertangguh... layari www.bankislam.biz dahulu, seterusnya muat turun GO by Bank Islam... di Google Play
#GObyBankIslam
#StayHomeStaySafe
#PKP3


PKP TAHAP 3




Satu perkongsian untuk catatan, betapa Allah memperlihatkan kebesaranNya. Semudah itu ia memperlahankan pergerakan kita yang sangat pantas. Hari ini kita kembali kepada kehidupan lalu, santai dan bersahaja tetapi siap siaga.







Tuesday, March 10, 2020

09 Mar 2020 - Black Out Sempena Kabinet Baru?

Hu huhu
Candle light sempena birthday aku
Sejak pukul 6.00 belalan letrik terputs di Saujana Utama ni

Atau mungkinkah kerana Kabinet baru yang diumumkan pukul 5.00 oleh PM?

Monday, March 09, 2020

Saturday, January 25, 2020

Penangan eWallet

Promo oleh TnG...
Melayang RM9.90 X 3
Makan makan Tahun Baru Cina...
Layan..

Thursday, January 23, 2020

Akhirnya...

Sekian lama menanti, Unifi kini "masuk" juga ke rumahku...
Byk yg nak kena pelajari ni

Ini Speedtest pertama..
Kita tengok je la

Tuesday, January 14, 2020

Kadap

Satu catatan setelah sekian lama tidak menjenguk ruang ini.
Selama ini kuabaikan krn sering gagal utk memuat naik gambar.
Namun hari ini kudapati kembali mudah...