Tuesday, January 12, 2016

TM100

Boleh pulak bagi no aduan...bukan ke tadi En Azrul kata guna no telefon sahaja sebagai no rujukan.

TM oh TM
Tolonglah...

TM 100

Ya.. episod gangguan perkhidmatan TM di Meru bagi 2016 bermula.

Saya hubungi no 100 dan macam biasa...robot akan meminta kita memilih menu dan pengesahan yg pelbagai.

Kemudian mendengar pengumuman tentang gangguan perkhidmatan TM yang lain dan iklan. Habis iklan dengar muzik dulu baru panggilan dijawab.

Sekali lagi staff TM akan menanyakan nama no telefon yang rosak, no lain utk dihubungi, ada berapa unit / sambungan telefon di rumah.

Bila dimaklumkan tiada nada dail.. masih tanya broadband boleh guna ke walapun dah cakap saya telah buat sambungan terus tanpa router.

Akhirnya...minta saya tunggu di talian untuk dapat no aduan...dengar muzik lagi 3-5 minit.

Lepas itu dimaklumkan no aduan adalah no telefon yang rosak.

PERSOALAN : Kalau sudah tahu no telefon akan digunakan sbg no rujukan, kenapa perlu letakkan saya  menunggu di talian sehingga penerima aduan siap menaip laporan?

Kemudian dimaklumkan hanya akan mendapat maklumbalas dalam tempoh 24 jam.

Ok.. kita tungu jawaban / punca kerosakannya.

Jika akibat kecurian kabel...Jom kita rekodkan sbg 2/2016 dan lihat apa tindakan TM selepas ini kerana tahun lepas pun saya telah lebih 3 kali mendapat alasan yang sama.

Bila kita cadangkan tukar kpd kabel optik / bawah tanah, TM tidak setuju kerana alasan kos..tp saya pasti ini juga adalah diskriminasi oleh TM kpd kami penduduk Meru yang rata rata Melayu Muslim berbanding Kaw Setia Alam.

Maklum..Meru hanya kawasan kampung dan orang Melayu tidak mampu untuk langgan Hi-Speed internet dll macam bukan Melayu di Setia Alam.

Hakikat inilah yang menjadikan Bumiputera tidak mudah untuk berjaya...dianaktirikan oleh bangsa sendiri.