Sunday, November 16, 2014

TAHNIAH ZARIM

Perghhhh
Malam tadi seorang jiranku bermurah hati nak kami menguji masakan nasi arabnya.
En Zarim kata dia baru belajar masak...
Tapi kami rasa macam dah pro dah masakan tu
Tahniah En Zarim

Thursday, November 13, 2014

Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus di Bank Islam - Ustaz Azhar Id...



Credit to FB Perkongsian Ilmu Ustaz Azhar Idrus dan juga Bank Islam Malaysia Berhad selaku tuan rumah

Flight vs Highway

13 Nov 2014.. Bercuti...
Sambil menikmati nasi lemak...terbaca pula pembalutnya #suratkhabarlama  Utusan Malaysia 07 April 2014 menyiarkan statistik ini.
Gambarannya lebih ramai menggunakan twitter AirAsia berbanding Plus.
Hakikatnya tentulah sebaliknya..tetapi begitulah bijaknya AA memanipulasikan "nafsu" manusia.
Lagipun AA memiliki pelbagai faktor untuk disinggahi berbanding Plus.
Ya..sejak kecil semua orang ingin naik Kapalterbang...ramai bercita cita jadi Pilot atau setidak tidaknya Pramugari/a walaupun sebenarnya jurutol pun ramai yang lebih cantik dan genit.
Mungkin ada baiknya pihak Plus menambahkan "faedah" melanggani twitter @plustrafik @kembaraplus maka ramailah penggunanya.
Paling aku harapkan ialah...tawarkanlah semula diskaun pengguna kerap kad prabayar TnG
Bukankah itu stategi AA yang mengutip bayaran awal dan memberi diskaun. Konsepnya sama. AA dapat wang awal sama seperti TnG juga bukan?

Saturday, November 08, 2014

Tesco Online Shopping

This my 1st order thru Tesco Online Shopping.

Rasaya ok gak la..order dan tunggu
Jimat masa dan kos
Pastinya selamat dari perbelanjaan luar jangka seperti gula gula yg diminta oleh anak anak

Jimat petrol...
Yeha...

Sunday, November 02, 2014

Makan Free

Minum petang
Jom...
Rezeki
Ada jiran murah hati
Org penting kat sini
Boleh la tumpang rasa....

Ini wajah jiranku yang murah hati..  

Saturday, November 01, 2014

Google Street Viewer

Baru baru ni kecoh fasal "hilangnya hak kerahsian peribadi" dan rasa tergugat keselamatan kerana kononnya Google telah "mendedah" atau mencerobohi wilayah peribadi seseorang.

30hb lepas aku terjumpa kenderaan ini... maka... apakah...
Sila sambung ayat...... he he he

Menemani Isteri

Isteri nak jumpa kwn2 dia
Bincang fasal alumni
So dia duk "meeting" aku tenung buih teh tarik ni la dulu

Tuesday, October 28, 2014

Mentari pagi

Keindahan Ilahi....mengingatkan kita kebesaranNya.
Tenang memandu di pagi hari
Moga sampai ke destinasi...
Mencari rezeki..nafkah anak isteri...

Monday, October 27, 2014

Mentari pagi

Emmmm jangan keliru
Ada 2 lampu merah?

Tu pun ada yang langgar / tak patuh peraturan lampu isyarat tu..

Namun yang lebih penting ialah apakah isyarat Allah dengan merahnya mentari pagi ini...

Saturday, October 25, 2014

Ikanku mati..

Pagi ni baru berniat nak bermanja dgn ikan ikanku...
Tiba di kolam ternampak seekor timbul...
Hidupkan air...timbul lagi seekor demi seekor...rupanya 8 ekor pergi mengadap Ilahi di tahun baru.
Itulah fitrah.
Menurut isteriku..semalam semua ikan masih hidup sewaktu diberi makan...


The only survivor...

Friday, October 24, 2014

Hujan di Lebuhraya Persekutuan

Waktu bergerak dari pejabat tadi nampak cuaca ok je.
Aku pun bergegas balik sebab esok kena datang bertugas.
Tiba di jejantas Kampung Kerinchi, hujan mula merintik...sampai depan ruang pameran kereta Ford/Mitshubishi hujan dah lebat macam ni.
Moga Allah selamatkan kami semua pemandu yang ingin pulang bertemu keluarga setelah penat sehari bekerja.

Hari Yang Indah

Bertolak dari rumah pukul 7.16 am dan sampai di pejabat pukul 8.10 am
Seronok kalau tiap hari macam ni

Wednesday, October 22, 2014

Nasib si Pungut

Kisah kucing ni..
Dulu hampir mati dilanggar di tengah jalan di rumah Boss lamaku En Shahrul Nizam di Saujana Utama.
Waktu tu aku di rumahnya, isteriku Noraini menunggu di kereta, tiba tiba terlihat kanak kanak sedang memerhatikan seekor kucing kecil yang menggeletar ketakutan akibat hampir dilanggar
Isteriku yang sangat penyayang, terus minta izin dari ku untuk memelihara kucing ni. Kami bertanya kepada En Shahrul jika ini kucing beliau atau jiran, tapi kata beliau itu mungkin kucing yang baru dibuang berdekatan rumah beliau.
Maka dengan memaklumkan kepada beliau jika ada yang memiliki kucing ini, bolehlah menuntutnya dari kami, kami membawa pulang sikucing kurap yang kini sudah seperti di atas, comelnya...

Hujan di KL Sentral

Inilah rupa hujan di KL Sentral..
Aku sengaja tak nak balik sebab Lebuhraya Persekutuan pasti sesak, sampai di Meru pun khabarnya jem sbb banjir di kawasan kilang di Jalan Haji Manan.

Banjir Kilat

Musim hujan di Meru...
Jalan jadi jem
Bila balik kerja setiap hari....hujan di Jalan Haji Manan akan dinaiki air.
Pasti ramai akan tunding kpd pihak berwajib..
Tp aku nak ajak kita muhasabah...sampah sampah kita..kita buang di mana.
Longkang,parit sumbat sebab siapa?

Selemah lemah iman

Dalam perjalan untuk ke kedai mencuci kereta, terlihat kayu di tengah jalan.
Teringat kata Nabi s.a.w...selemah lemah iman ialah mengalihkan batu di tengah jalan....
Hari ini aku telah alih ranting kayu di tengah jalan.
  
Moga iman aku tidak selemah itu...
Mohon doa semua yang membaca,doakan semoga Allah menguatkan iman aku dan semua kerana tanpa iman dan Islam..apalah ertinya hidup kita...

Teringat ingat

Setiap kali melintasi bangunan ini..aku tidak mungkin melupainya...Ya di bangunan inilah aku menerima satu dokumen yang sudah entah ke mana. Dokumen yang memenjarakan Senator Ezam. Kadang kadang aku pelik..kenapa aku boleh ada di situ,ketika itu..Itulah ketentuanNya bagi perjalananku. InsyAllah...pahatan sejarah itu... akan diadili oleh anak bangsa suatu waktu nanti..

Lampu Trafik Rosak

Gambar ni sempat aku snap semalam 21 Okt 2014.
Lampu Trafik berhampiran Klang Sentral..iaitu simpang Jalan Meru Tambahan dan Jalan Haji Abdul Manan rosak.
Terima kasih kepada pihak PDRM yang menugaskan anggota di simpang berkenaan.Cumanya ketika gambar ini diambil kedudukan anggota ini seperti tidak di tempat yang betul. Mungkin beliau baru tiba di lokasi agaknya...tapi ketika ini sudah pukul 7.10 pagi...? Wajarnya ini waktu puncak dan beliau patut tiba lebih awal
Mungkin  boleh komen..

Mandi...

Musim hujan...
Kena mandikan sbb selalu redah air..
Kalau basuh sendiri tudak cukup peralatan...
He he alasan....

Parlimen Belia

السﻻم عليكم
Jom kita muat turun perisian ini dan undi calon pilihan kitaKiberi mereka peluang memperlihatkan bakat mereka
Mungkin mereka pemimpin masa hadapan generasi kita.
Terima kasih

Saturday, October 18, 2014

Speedtest

Macam ni la..

Visitor from Moscow

Suprisingly
My blog has a visitor from Moscow...
Who is this visitor?
Hopefully I know him one fine day...

SRP 1986

Dulu dikenali dgn nama SRP kini PT3...
Inilah antara kenangan indah zaman persekolahanku di SMKAP atau Sek Men Agama Perak sebelum dikenali dengan nama SMKASAS. Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah...

Gambar ini diambil di Pulau Pangkor... rombongan sekolah selepas SRP...

ALIPH

Suatu ketika dulu..jenama kasut ini sangat terkenal...tak pasti kenapa diberhentikan pengeluarannya.

Tanggungjawab

Memahami keperluan semua...mengerti perasaan orang lain..atas rasa tanggungjawab..ku laksanakan amanah ini yang jika ingin ku kesampingkan sangat mudah.
Moga menjadi bekalan dan teladan

Tuesday, July 15, 2014

BIL TNB - TNB e-service

Inilah rekod penggunaan letrik separuh tahun pertama 2014
Banyak juga aku membantu negara.. betul tak?
Kala tuan tuan berhajat untuk menyemak bil sendiri tanpa perlu tertinjau tinjau peti surat.. sila klik di sini


Nanti anda dapat lihatlah bill anda tu...
Apa lagi.. bayar.. jangan tak bayar... Nanti kena potong....


Friday, July 11, 2014

Iftar 2014

Terima kasih pada rakan rakan sekerja di Bank Islam KL Sentral 2 kerana menjayakan acara ini yg julung kali diadakan..
Khusus buat sdr Azam selaku penyumbang terbesar...moga dimurahkan rezeki...

Rakan yang lain..anda juga boleh menyumbang dilain acara....InsyAllah... bertekadlah....

Besar pahalanya...

Penyokong....

Jangan marah Pak De..
Zaim dah siap awal awal ......
Minggu depan kita tengok Argentina jadi lauk sahur mcm Brazil...



Thursday, February 27, 2014

WHAT APPS V - KRISTIANISASI?????

 

Ni semua what apps rakan rakan tentang penglibatan, ada juga yang kata campur tangan bukan Islam dalam hal ehwal Islam, cubaan memnyebarkan agama bukan Islam, khususnya Kristian kepada ummat Islam.

Aku lebih memilih pendekatan dakwah, dan mendekati bukannya memusuhi, melarang dan menjuahi. Bagaimana kita hendak menyampaikan dakwah jika kita tidak mudah didekati, tidka mesra?

Ya benar mereka juga cuba menyebarkan keyakinan mereka kepada kita, maka muhasabahlah.... sejauh mana kita telah siapa siaga, benteng pertahanan diri. Asas kita sudah dikukuhkan atau belum, soal diri sendiri, cukupkah persediaanku. Apa yang telah kita buat? Sistem Pendidikan kita? Sikap dan pendirian pimpinan kita?

Kenapa marah orang lain jadi kuat semata mata kerana kita  tidak berusaha memperkuatkan diri? umpama Manchester United marahkan Chelsea beli pemain untuk memperkuatkan pasukan.

WHATS APP IV - ISU COMANGO


Mempunyai ramai rakan yang menjadi aktivis... Ini kempen anjuran ISMA Ramai rakan rakanku menjadi ahlinya termasuh saudara Mohd Fauzi Asmuni dan Timbalan Mufti Perak, Sdr Zamri Hashim, rakan sepersekolahanku dahulu.

Kini mereka giat berkempen SEJUTA UMMAH MENOLAK COMANGO

Mohon rakan rakan yang membaca artikel ini juga menyokong usaha ini..

Takbir!!!!!


Whats App III


 Ini tentang sms/makluamt palsu mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah mengagihkan bantuan persekolah mulai 16 Disember 2013



Berita ini pada aku bersifat separuh benar, sbb memang kerajaan Selangor sbg kerajaan yang prihatin, ada menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat Selangor melalui program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor bermula sejak tahun 2008. Semenjak dari itu program ini sentiasa ditambah mengikut keperluan:

Program ini sentiasa dilaksanakan dan bukan bermula spt tarikh yang dinyatakan di dalam SMS berkenaan.
SMS ini lebih kepada berniat supaya rakyat menyerbu Pusat Khidmat DUN dan menyusahkan semua pihak. Lantas memberi gambaran Pusat Khidmat DUN seterusnya pentadbiran Negeri Selangor seolah olah tidka bersedia untuk memberikan bantuan yang dimaksudkan.
AJK PAS yang membuat laporan Polis

Monday, January 06, 2014

Koleksi What Up II



Ini adalah kiriman rakan lama saya. Saudara Mohd Salmi Sanusi.. rakan sekolah sejak sekolah rendah di Felda Trolak Utara.
Hebat rakan aku ni. Orang besar di KTMB

KOLEKSI WHATS UP

Dah lama nak buat projek ni, tp asyik bertangguh je.. ok le teman nak upload le sesikit gambo dari What Up yang kawan kawan hantokan


Jgn percaya sangat.. selidik dulu ye...



Ini kes Penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia. Secara amnya aku rasa rakyat Malaysia belum matang untuk membenarkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam. Kpd yang bukan Islam, aku mohon hormati dan memahami situasi. Peliharalah keamanan Malaysia tercinta. Selama ini kita hidup rukun damai, kenapa dicipta kegelisahan ini.


Bab pluralisma tu elok rujuk pernyataan Oleh ABIM sbb pimpinan ABIM ada mengadakan pertemuan dengan DSAI dan meminta penjelasan beliau.




AVAST FREE ANTI VIRUS

FREE ANTI VIRUS

Ok kawan kawan, katanya free.. moh le kita cuba....
skrg ni payah nak cari benda free, yg selalunya naik rega je citer di tahun baru ni...
cube je la...

http://www.avast.com/en-us/get/2fewZO4A
http://www.avast.com/en-us/get/2fewZO4A

Sunday, July 07, 2013

Peristiwa Dato' Seri Anwar Ibrahim Dipecat


SEKADAR MENGIMBAU SEMULA

Tanpa maksud apa apa, cuma menziarahi semula peristiwa lalu. Suatu yang akan kekal dalam lipatan sejarah peribadiku. Wajarkah disuratkan atau dijadikan cerita lisan buat generasiku bahawa sejarah itu ada di dalamnya... Biarkan tinta itu diminda, melainkan ada suatu sudut pandang baru ditabal. Renung renungkan wahai anakanda.