Sunday, December 06, 2015

Kenduri Rumah Kak Yong

Cerita minggu lepas
Balik ke Spg Lima menghadiri walimah anak kak  Yong dan Bang Mat
Moga silaturrahim kita berkekalan.
Nenda kita dua beradik
Bonda kita sepupu
Kita 2 pupu...
Yang walimah dgn anakku 3 pupu...

Masjid Shah Alam

Jom kita meriahkan majlis Ilmu
Skrg prgm khatam al quran.

Semoga lebih byk prgm mcm ni diadakan di seluruh masjid di Selangor...

Melihat senarai aktiviti imarah masjid sangat seronok dan pelbagai...

Apatahlagi salah seorang pentadbir masjid adalah rakan karib kami sekeluarga sejak dari Sungai Besar, Puan Normadiah Harun.

Ya Allah.. permudahkanlah urusanku utk sering mengunjungi rumahMu...

Friday, November 13, 2015

Saigon Seripenang Halal Restoran Kampung Melayu

Klik Jom untuk melihat sebahagian Gambar gambar ke Ho Chi Min
Percutian marhaen dengan ibu mertua ke Vietnam.

Saturday, October 31, 2015

Tahniah JPJ

26 Okt 2015
Aku ambil cuti sempena menyambut kepulangan bapa saudara dari Mekah. Mereka dijangka tiba pukul 2.30 petang.
Di sebelah paginya aku ke JPJ bagi menguruskan pertukaran lesen anakku. Dia sudah boleh tanggalkan tanda P di kereta...
Satu tanggapan umum...
jika ke JPJ mesti awal pagi jika tidak alamat urusan tidak siap pada hari yang sama.
Rupanya stigma itu berjaya dinafikan oleh JPJ Selangor caw Pdg Jawa..
Tiket ku no 1060.. diambil pukul 8.06 pagi..Selesai urusan 9.11 pagi.
Sungguh pantas walaupun berdasarkan angka giliran aku adalah orang ke 60.
Menakjubkan 60 orang dalam 60 minit..Hebat..
Tahniah JPJ Padang Jawa....

Sedikit sahaja kecacatannya..di kaunter tiket..sewaktu saya bertanya bayaran lesen...kakitangan menjawab..saya tidak pasti jumlah bayaran yang dikenakan...

Kesedaran Sivik

Jika kita kata angkuh.. tentunya marah..tapi bukankah jelas ada kotak kuning..
Orang lain boleh letak kereta jauh..awak nak juga dekat...
Janganlah malukan pemilik kereta mewah....
Mohon lebih bersiviklah ya wahai empunya kenderaan...

Jiran Contoh

Inilah adalah salah seorang jiran / penduduk tinggal di Taman Meru Impian.
Sangat rajin, masak pun sedap...
Depan rumah dia ada taman mini...

Saturday, October 24, 2015

09 09 2015

Sekadar mengabadikan keindahan pagi...
Mengekalkan mode positive mengharungi kesesakan jalanraya menuju ke tempat kerja.

Perginya....

Coretan sedih...
Salah seorang sepupu yang sangat rapat dgn aku telah kembali ke rahmatullah...
Gambar ini diabadikan setelah selesai ....
 

JEREBU 20 OCT 2015

Inilah keadaan jerebu selepas tol Setia Alam menuju Shah Alam...
Gambar diambil pukul 7.15 pagi
Hari ini jalan lengang sebab sekolah cuti...

Tuesday, September 08, 2015

Mercu Tanda Jem

Mengekalkan mood positif mengharung rutin harian menempuh jem di Jln Hang Tuah ke Jalan Imbi.
Jaraknya tidak sampai 5km tapi kadangkala memakan masa 20 minit.
Lihatlah mercu tanda pencakar langit lambang kemajuan Malaysia...
Mercu tanda itu dibayar dengan kesesakan lalulintas dan poket....😁😁😁

Tuesday, July 14, 2015

Lori Merah

Emmm... ini kisah semalam. Bila terlihat kembali deretan lori merah ini. Terkenang kisah lama...semarak jiwa membara menegakkan keADILan...

Tapi kali ini..deretan lori ini beraksi bukan kerana itu, sebaliknya kerana mengekang rakan rakan yang diprovokasi dan terima berita tanpa sifat "TABYAN".

Kepada mereka yang terlibat, mohon fikir fikirkan... Inikah erti perjuangan bermaruah atau.....

Monday, June 22, 2015

Makan Malam Hari Bapa

Hanya di Tmn Meru Impian
Jiran yang rajin masak masak
Berkumpul..makan makan mcm ni
Terima kasih kpd penaja...
Moga murah rezeki.

Monday, June 08, 2015

Jalan

Dulu....
Melalui jalan ini setahun mungkin sekali dua.
Itupun kerana menziarahi bapa saudaraku..Halim,Suhaimi dan Kharsani.
Kini... inilah jalan harianku...

Perjalanan

Sekadar rakaman

Alumni SMKASAS

الحمد الله
  Pada 30 Mei 2015 lalu diadakan perjumpaan semula bekas pelajar Sek Men Keb Agama Sultan Azlan
Telah 34 tahun aku melangkah dari bumi Bota itu
Kini kami berkumpul semula.
Gembira juga bila dapat berjumpa bekas guru yang turut hadir.
Tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurkan majlis dengan gemilang.
TAHNIAH

Sunday, April 05, 2015

Sesekali

Agak lama tidak balik ke Sg Besar...
Kali ini aku kembali...dulu...sekitar 14 tahun lepas...hampir setiap malam aku ke tapak ini...
Menintai perjuangan...mungkin ramai tidak tahu...Tapak ini pernah memangkin sebuah perjalanan

Sunday, March 29, 2015

Katanya dah dinaik taraf?

Baru baru ni dapat panggilan menawarkan naik taraf kelajuan internet dari 1Mb kepada 2Mb..
Tapi masih mcm ni je....