Monday, February 09, 2015

BNM Siaran Akhbar : Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina

BNM Siaran Akhbar

Ref No : 02/15/10
 
Embargo : For immediate release    
 
Hijaukan Alam Sekitar Anda dengan Wang Kertas Yang Sesuai pada Tahun Baharu Cina
Bank Negara Malaysia akan terus mengeluarkan wang kertas RM1 dan RM5 yang sesuai untuk Tahun Baharu Cina yang akan datang ini. Ini selaras dengan inisiatif nasional iaitu Hijaukan Alam Sekitar Anda untuk menggalakkan kelestarian sumber dan pemuliharaan persekitaran kita.
Sejak pelancarannya dua tahun lepas, inisiatif untuk menggalakkan penggunaan wang kertas yang sesuai ini telah mendapat sokongan kuat daripada orang ramai. Hasilnya, Bank Negara Malaysia telah dapat mengurangkan pengeluaran wang kertas baharu sebanyak 44 peratus tahun lalu.
Bank Negara Malaysia ingin merakamkan penghargaannya kepada orang ramai atas sokongan yang menggalakkan ini dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk terus menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "angpow" semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan  Islam Malaysia (AIBIM) akan mula menyediakan perkhidmatan pertukaran wang kertas kepada orang ramai mulai hari ini, 9 Februari 2015.
Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda merupakan usaha sama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Malaysian Environmental NGOs (MENGO) dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).
 

No comments: