Monday, April 17, 2006

Ahad 16 April - Banjir Kilat, Reaksi Rakan Cop



Pagi ini aku masih geram dengan PC yang terus lembab walaupun telah semalaman aku cuba membaikpulih komputer ini

Aku cuba minta bantuan saudara Yusof untuk membaikinya, Alhamdulillah beliau setuju datang ke rumahku tengahari nanti

Lebih kurang pukul 2.00 aku menjemput Sdr Yusof ke rumahku, selepas menjamu beliau makan, aku "dera" beliau untuk memperbetulkan komputer. Beri makan ada makna tu...

Sedang En Yusof sibuk membaikpulih komputer, hujan turun dengan lebat, aku menjenguk melalui tingkap dan melihat air mula bertakung di jalanraya, terus akau SMS POLISKL 32728 untuk melaporkan keadaan jalan yang pasti tidak boleh dilalui.

Kemudian, sekali lagi aku meninjau keadaan, benar memang berlaku banjir, aku mengambil gambar dari anjung rumahku. Tidak berpuashati dengan gambar tersebut, aku turun dan sebaik sahaja tiba di lokasi, sebuah kenderaan MPV telah tersadai kerana tidak berjaya mengharungi banjir kilat.

Aku membantu menolak kenderaan tersebut ke tepi, terus aku naik semula ke rumahku. Setibanya di rumah, setelah hampir 30 minit selepas menghantar SMS, barulah pihak polis membuat susulan menelefon aku untuk keterangan lanjut maklumat yang telah aku berikan. Aku memaklumkan kepada polis, air telah surut, pemanggil pula berjanji menghantar MPV mereka. Aku tidak kisah sangat sebab kalau MPV datang pun tiada apa yang perlu diambil tindakan kerana banjir telah pulih.

Ops, hari ini pelancaran Rakan Cop peringkat kebangsaan kan????

No comments: