Saturday, April 08, 2006

PASARTANI MEGA PUTRAJAYA

Aiman Zaim

Ini bukan pakaian Zaim ke Pasartani Mega, tapi hendak ke TASKA

Putera kedua kami terpaksa sentiasa pakai "headband" sebab selalu jatuh dan telah ada banyak benjol di kepala.

Satu malam dia muntah-muntah, siangnya kami bawa Zaim ke Hospital Putrajaya, menurut Doktor tiada apa yang perlu dibimbangkan cuma berpesan jika muntah semula hendaklah buat rawatan susulan.

Malam itu Zaim muntah lagi, esok siangnya dia muntah di TASKA, maka saya dan isteri buat keputusan untuk membawa Zaim ke sebuah hospital swasta di Kajang, kepala Zaim telah di X-ray dan memang ada semacam retakan di dahi beliau. Benjolan yang terhasil adalah tulang baru untuk menampal rekahan yang terjadi.


PASARTANI MEGA
Pasartani Mega Putrajaya terletak di Presint 2, atau lebih tepat berhampiran Kem. Kewangan, dibuka pada setiap hari Jumaat, malam sabtu mulai pukul tiga petang

Pasartani Mega diwujudkan sebagai satu pilihan untuk mendapatkan barang keperluan rumah dengan harga murah, namun sekali membeli belah hampir RM50.00 juga telah saya belanjakan. Memang murah dari tempat lain, tetapi tetap mahal kerana walaupun 3 ikat kangkung RM2.00, di tempat lain RM1.00 seikat, bila kita timbang kangkung 3 ikat RM2 dgn kangkung 2 ikat RM1, beratnya sama

Begitulah nasib kita pengguna, sampai bila menjadi mainan peniaga, salah siapa?

No comments: